Saturday, April 30, 2011

Beli Baju Raya!!!

This weekend g soping baju raya
Mood raya cam dah ader..
Sebab ada orang baru tahun ni...
Saper??? Si tomei Damialah
Semangat ibu beli baju nak tempah tahun ni...

Tapi...yg peliknyer ibu nak suruh Damia pakai baju kakak yang dah 6 tahun lepas
Takper2...sebab baju kakak sangat cantik dan masih baru
Jangan membazir sayang...bukan ibu tak ade duit...
Nak sangat masa kakak dulu ibu simpan elok2
Manalah tahu dapat anak "pink" lagi..bleh pakai
Khayalan ibu benar belaka...Damat si Tomei Damia
So...segala baju kakak...tak pernah ibu bagi kat orang lain...bukan kedekut tau!!
Sayang sangat...semua masih baru!!!

Dikesempatan inilah...ibu nak Damia pakai baju Kakak...RM over 100...
Mahal kan?? baju yang bersaiz kecil (1year) tak dipakai lagi...
banyak lagi ibu tempahkan baju kurung kakak...
Semua masih cantik...comel....ada yg lining lagi...

Tapi tak leh cakap jugak...abah mesti belikan baju lagi
Tak perlah...yg penting...kali ni ibu dah berjimat jugak..
Ermmmm...tema tahun ni mesti oll purple
Tak nak pink...mesti masa soping raya ibu banyak belikan baju pink banyak
Nak elak pink bleh ker dengan anak perempuan yang dah suka warna pink ni (kakaklah)
Tak mungkin...kalau bleh kakak nak Damia pun warna pink...kelakarlah kakak ni


So...hari ni ibu belikan semua baju koten jer...bleh tahan juger hargenyer
Semiter RM16 over...dapat diskaun 20%
Ibu beli hampir 6 pasang...mak oiiii!!! banyaknyer...
Bukan nak pakai sumer masa raya...kat opis gak
Dah lamer tak tukar baju...melaram sekali sekala
Dannn...sepasang baju biase...cukup2
Baju kakak samer ngan ibu...purple...
Baju kotennye sangat cantik kali ni...memang sedap giler kainnye...
Sampai tok, maksu n maklang pun beli kain yang samer..corak lain2lah..

Heehehehehehehe...
Ibu luper plak nak ambik gambar kain2 tadi...
Dah ngantuk n sangat letih.....
Nak tido...
Malam ni ibu bukak hrmis..tak dapat2
Dah 2 minggu...takperlah...harap diberi masa tuk isi lagi

Wednesday, April 27, 2011

Camat Malam Cayang Ibu...

Dah lama ibu rasa tak update blog ni..
Juga semakin lama tak update perkembangan Kakak dan Damia
Dua-dua puteri ibu juga dah semakin mencoret lembaran baru
Kakak dah pandai membaca....cuma
Ada word yang terlalu susah...merangkak jugak nak spell
Satu perkembangan yang positif!!  Teruskan!!!!!
Dan sekarang ni....kakak suka membaca dan mewarna
Nanti kalau ibu ada masa..ibu upload gambar yang kakak warna
Ada lagi hobi kakak....
Kakak sekarang ni dah terlepas kandang
Petang-petang suka main basikal dengan kawan2 jiran kat umah
Baguslah sayang...bersukan sket...nanti manalah tau
Bleh ganti atlet sukan berbasikal....hehehehehe
Mesti kakak seronok bila tengok gambar macam ni....
Kenangan indah masa kecik2...

Si tecik damia pulak.....
Dah masuk 8 bulan..berat pun dah 7.5kg
Si tecik ni baru terjatuh dari buai...mujur tak ada paper..
Dah aktif sangat..malam2 tidur buai..terjatuh plak
Salah ibu gak...tak angkat Damia cepat2 letak atas katil
Masa tu Damia demam...jadi ibu rasa nak biarkan Damia tidur dalam buai jer malam tu
Dah terjatuh pulak...nangis jap jer....kelakar plak malam tu...

Dan....
Damia dah boleh duduk dengan sendiri....
Dah boleh panjat2 sket...bila nak jalan plak sayang...tak saba nak beli sepatu pertama
Ibu tak beli lagi sepatu Damia....sebab nak tunggu Damia tak-teh
Lagi satu perkembangan baru pada Damia
Kakak tak abih2 mengusik...
Kakak selalu ikatkan tocang comel kat Damia
Rambut Damia dah bleh ikat!!! Comelnyer sayang
Samer cam muka kakak masa kakak kecik..
Nanti ibu masukkan gambar...

Lepas ni...ibu nak ajar kakak sembahyang
Supaya tak tinggal selalu...bila kakak  buat...adik mesti ikut
K...dah malam..ibu nak tido esok kejer...
Selamat malam....ibu sayang anak2 ibu.....Muahhhhhhh
Tiba2 rasa shahdu plak....

Monday, April 18, 2011

Jom Masak Makan..

Ayam Goreng Rempah...








Bahan-bahan

Ayam dibersihkan
Halia
Bawang Putih
Bawang Merah
Serai
Cili Kering / Cili Merah
Garam dan gula
Serbuk Perasa


Cara-cara

- Tumbuk semua bahan diatas
- Masukkan garam, gula dan serbuk perasa
- Perapkan selama 1 jam atau kurang
- Panaskan minyak, dan goreng

Jangan diblen bahan-bahan tadi sebab nanti halus sangat.  Ibu terblen sebab malas nak tumbuk.

Resepi oleh ibu sendiri....

Jom Masak Makan..

Cucur Udang Istimewa












Bahan-bahan

Tepung gandum
Daun kucai
Taugeh
Cili merah - hiris
Bawang besar - hiris
Udang kecil
Garam
Serbuk perasa
Kunyit serbuk
Baking powder 1/2 sudu kecil
Air secukupya
Tauhu goreng jika nak


Cara-cara

- Masukkan tepung, dan semua bahan bahan yang lain
- Masukkan air dan gaul rata
- Rasa sikit sebelum menggoreng
- Buat jemput-jemput kecil (bulat2)
- Goreng dengan api yang cukup panas
- Bila dah garing...angkat dan hidangkan
- Cicah dengan kuah kacang atau sos cili

Jika mahu lebih sedap, makan dengan tauhu goreng dan timun (baru lengkap)

resepi dari tok...

Wednesday, April 13, 2011

Jom masak-masak..

Nasi Goreng Kampung

 









Nasi gorang yang sangat lazat sedia dihidangkan...


Bahan-bahan

Nasi putih
Udang basah (udang kertas bersaiz kecil)
Cili kering dan belacan (tumbuk sampau lumat)
Telur
Sayur sawi batang putih / kangkung
Ikan bilis goreng
Bawang putih (lebihkan)
Bawang merah

Cara-cara

- Tumiskan bawang merah, bawang putih sampai naik bau
- Masukkan cili kering dan belacan, goreng dan tambah dengan air jika terlampau kering
- Masukkan udang dan gaul lagi
- Pecahkan telur - jangan gaul. Tunggu separuh masak
- Bila telur dah cukup masak, masukkan sayur dan gaul
- Perasakan dengan garam
- Bubuh nasi dan gaul rata..
- Bila dah sebati tutup api dan taburkan dengan ikan bilis goreng


Resepi dari ibu..



Jom Masak-masak

Ayam Masak Asam Bonda...



Bahan-bahan
Ayam 1/2 ekor dipotong kecil2 (macam masak tom yam)
Cili kering 3 tangkai
Halia 2cm dihiris nipis
Bawang putih 5 biji dihiris nipis
Bawang besar dihiris nipis
Serai 2 batang
Minyak masak
Garam
Kunyit serbuk
Minyak
Gula 1 sudu teh
Air asam jawa secukupnya
Serbuk perasa


Cara-cara..

- Goreng ayam yang dicampur garam n kunyit, goreng separuh masak
- Tumis halia, bawang putih, bawang besar, cili kering, serai
- Bila dah garing, masukkan serbuk kunyit sikit dan masukkan ayam yang digoreng
- Masukkan gula, garam, serbuk perasa, air asam jawa
- Masakkan dengan api sederhana dan biarkan sedikit berkuah
- Rasakan, biar kuah tadi sdikit masam dan secukup rasa
- Bila hampir nak angkat, bubug bawang besar yg dipotong kasar
- Sedia dihidangkan dengan nasi panas


Resepi mak mertua (tok ayam)

Jom Masak dan Makan..

Bihun Goreng











Bihun yang sedia dihidangkan....

 
Bihun direndam
Bawang merah
Bawang putih (banyak sikit)
Udang/Ayam/Daging
Cili blender
Sawi
Taugeh
Kucai (jika nak)
Tauhu/Fishball/Fishcake (digoreng)
Garam, gula, kicap

Cara-cara

- Tumis bawang merah, bawang putih
- Masukkan cili blen, Udang/Ayam/Daging
- Bila dah masak, masukkan tauhu/fishball/fishcake
- Masukkan sawi dan kacau sekejap.  Masukkan bihun, garam, gula, kicap
- Gaul rata dan biarkan bihun masak.  Bubuh air jika bihun masih keras
- Bila masak, masukkan taugeh dan kucai
- Tunggu kejap jangan sampai taugeh layu
- Taburkan dengan daun bawang dan bawang goreng

Selamat mencuba, resepi mak(tok)

Friday, April 1, 2011

Yang hadir dan yang kembali...

Jam dinding berdeting beberapa kali. Pukul 3 pagi. Entah kenapa aku terbangun dari tidur yg lena.
Kutatapi wajah 'sahabat' akrabku sedalam-dal amya. Ku belai perlahan rambut ikalnya dan wajahnya... Kau cantik sayang.., bisikku perlahan. Tanpa disedari ,usia perkahwinan kami telah mencecah tahun yg kelima. Namun kami masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri kebahagiaan ini. Ya Allah kurniakanlah kepada kami seorang anak..walaupun cuma seorang . Itulah doa yang sering ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap sujudku. Kami telah disahkan oleh doktor pakar bahawa kami brdua adalah normal. Pelbagai ikhtiar telah kami usahakan. Mungkin benar apa yang dikatakan doktor dua thn lalu; "Bersabarlah, mungkin anda berdua sedang diuji Tuhan. Teruskan usaha dan berdoalah. Mudah-
mudahan dimakbulkan doa anda berdua.."

Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini. Aku yakin, Allah menyimpan hikmah ini untuk ku ketahui suatu ketika kelak ....Pasti! "Huda.... bangun.,...jom kita solat." Kugerakkan bahu isteriku
perlahan. Dia mengeliat ....Aku tersenyum melihat wajahnya yg keletihan. Letih menguruskan rumahtangga ditambah pula kesibukannya sebagai pengusaha Taman Didikan Kanak-Kanak. Tentu dia penat melayan karenah 'anak-anak'nya....Ahh. Aku sayang padamu Huda….

Akhirnya, aku bangun sendiri. Aku tenggelam dalam solat malamku yg panjang.. Dan seperti biasa aku tak pernah lupa memanjatkan doa sebagaiman dalam firman Allah .. (al A'raaf : 189 ) yg bermaksud : " Ya Allah jika engkau memberi kami anak yg soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yg bersyukur.."

Jam berbunyi empat kali. Aku mengakhiri solat witirku dan ketika salam kedua ku dapati Huda dah
berada di belakangku..Wajahnya masam, merajuklah tu. Kurenung wajahnya dengan riak lucu." Kenapa ni.? Muncungya mulut.." usikku dalam nada separuh berbisik .... Semakin menjadilah rajuknya. "kenapa abang tak kejutkan Huda.?"Protesnya... Aku terseny um cuma. "Dah, abang tengok cik adik letih sangat..bukan tak kejut tapi cik adik sayang yang tak sedar.." Akhirnya Huda mengalah, tapi bersyarat..Jangan tidur sampai dia selesai solat malam. "Baiklah tuan puteri, saya yang
menurut perintah." Usikku lagi. Huda tersenyum lebar mendengar usikanku..Serentak dengan itu jarinya yang mungil bertindak menggeletek pinggangku. Dia kemudianya berlalu dengan wajah yang melucukan.

Petang itu , sambil kami menikmati minum petang, Huda memecahkan kedamaian itu dengan ungkapan : " Abang.....nikah jelah satu lagi" Dengan nada yang bersahaja.. Aku tersentak. Aku memang amat mengharapkan keturunan,. Kan Rasulullah berbangga umatnya ramai..! Tapi hingga saat ini aku belum mampu membahagikan cintaku pada wanita lain. Walaupun Islam tidak pernah menghalang poligami apatah lagi dengan keadaan yang kami alami sekarang ini. Sanggupkah aku memikul bebanan ini ....?

"Hai.tak takut cemburu ke..? Umpanku pula.. "Cemburu.....emmm itukan memang fitrah manusia
bang..takkan Huda tak cemburu. Aisyah pun cemburu pada Khadijah, tapi masalahnya sekarang, kalau abang khawin satu lagi, kan Huda boleh tumpang kasih anak dari isteri abang..? hujahnya panjang lebar. "Hai…takkan tak cukup lagi 'anak-anak' di tadika..? "Abang niii..Itu lain. Itu bukan dari zuriat abang. "Macam mana kalau isteri kedua abang juga tak boleh melahirkan zuriat..?" umpanku lagi.. "Kahwin satu
lagi.." "Kalau tak dapat anak juga,..?" Usikku terus. "Nikah lagi..kan boleh sampai empat..!" Jawab Huda
dalam nada semakin kendur. "Huss..Huda sayang ! Jangan merepeklah . Abang tak mampu mencontohi Ibrahim bapa ismail..berilah peluang abang meneladani Zakaria bapa Yahya.. " Kutamatkan dialog ini seolah-olah marah kepadanya.. Kudakap erat Huda,...ada titisan panas yg membasahi dadaku..

Hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh ..umurku sudah merangkak 33 tahun ...Uban di kepalaku sudah meningkat bilanganya ...Berbanding ketika awal pernikahan bilangannya belum sampai sebelah tangan, beritahu Huda kepadaku. Sehingga ke saat ini Allah belum kurniakan kami rezeki, seorang anak. Tapi cintaku pada Huda masih seperti dulu . Tak pernah pudar. Hidangan istimewa disediakan Huda hari ini ....Ada bungkusan hadiah comel di meja hidangan. Huda menarik lenganku,..dengan nada manja sambil berkata..: " Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan
kita .." Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ke telingaku.Sambil mataku mencuri pandang hadiah di atas
meja .Ada sampul surat yang berlogo hospital terkenal di ibu kota. Tanganku segera ingin mencapai sampul tersebut. Huda dengan pantas menghalangya. "Makanlah dulu kek coklat yang Huda buat .! Abang ni tak sabarlah.." Protes Huda separuh merajuk. "Oklah sayang." Ku pendamkan rasa ingin tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan.. " Bismillahirrahmanirrahimm..ku potong kek istimewa itu.
kami berbalas suapan.. dengan perlahan-lahan aku mengambil sampul surat dari tangannya tadi..
"Subhanallah..Maha suci Allah,..Tuhan sekelian alam..!!" Huda hamil..!! Masya Allah, setelah sekian
lama penantian ini.! Seketika aku tersungkur sujud. Airmataku mengalir deras. Kurangkul Huda
seerat-eratnya.

Airmataku terus mengalir seolah-olah tak akan henti & tika ini,.. tangisan SYUKUR..! "kenapa jumpa doktor tak bagitau abang..?" Tanya ku seperti memprotes.. "Kalau beritahu tak surprise lahhh." Jawab Huda selamba.. Tiba-tiba aku rasa bersalah,..Sejak akhir2 ini Huda ada mengadu sakit kepala dan rasa kurang selera makan. Kusang ka dia terlalu letih menguruskan cawangan tadikanya yang baru,..Ditambah pula dgn kesibukanku di pejabat dan 'kewajipan saham akhirat'.Aku benar2 lupa membawanya ke klinik. Sungguh..!! Aku benar-benar rasa bersalah.. Sejak berita itu diterima, kesihatan dan aktiviti Huda menjadi perhatian utamaku segala hajatnya kupenuhi. Aku tak benarkan dia memandu sendiri dan bercadang mengupah driver utk kemudahannya. Aku minta supaya dia mengurangkan semua aktivitinya..Namun Huda tak bersetuju.. Katanya, janganlah terlalu manjakan dia..Barkan dia menjadi ibu yang 'luarbiasa' Ibu yang 'luarbiasa' akan melahirkan anak yang 'luarbiasa' ..ketika aku ttp meminta dia memenuhi hasratku,..dia berkhutbah panjang. "Abang sayangg...abang kata nak jadi seperti zakaria bapa Yahya..Abang kata nak bayi ini menjadi mujahid atau mujahidah,.. Abang..,kalau kita bercita-cita nak jadikan anak kita sebagai mujahid atau mujahidah,. kita kena latih dia sejak dalam kandungan.. Maknanya,..jangan manjakan ibunya..Kalau dilimpahkan kesenangan pada Huda dan anak yang bakal lahir ini ,.. bagaimana nak dapat anak seperti Fatimah atau Ali abi Thalib..? Abangkan tau,..kesenangan dan kemewahan bukan modal yang baik untuk anak... Dengan kesusahan barulah generasi menikmati kesenangan di syurga. Sebelum sempat khutbahnya diteruskan.aku terus meletakkan tanganku di mulutnya..'Stop'.. Aku faham dan akan terus memahami hakikat pendidikan dalam Islam.. Cuma aku sendiri pelik kenapa tiba-tiba aku
yang jadi terlalu cerewet..!

Pagi itu selepas sarapan aku melihat Huda tidak seperti biasa,..Peluh mengalir laju membasahi
dahinya..Dia kelihatan pucat..Kurasa badannya, panas.! Seingat aku Huda hanya akan melahirkan pada 26 mei,..hari ni baru 26 april,.Aku panik.. Aku segera membawa huda ke hospital dengan seribu satu doa yg tak putus dlm hatiku,.aku harap ayah dan ibuku segera datang utk menambah ketenanganku. Aku mundar mandir ..Ya Allah. selamatkanlah isteri dan anakku..bisikku berulang kali..

"Encik Saifuddin..?"..Dr Khadijah,..pakar sakit puan rujukan isteriku,.. "Ya,..saya doktor,.." sahutku
cepat..Kuhampiri Dr Khadijah.. "Boleh kita berbincang sebentar,,.." Minta Doktor sambil mengajakku ke bilik rundingan,.. "Saya harap Encik saifudin bertenang,..Isteri encik menghadapi sedikit TT>masalah,..air mentubannya dijangkiti kuman.. Dan degupan jantung bayi di dapati semakin lemah..Puan
Huda perlu dibedah segera.." "Bedah..?" "Buatlah apa yang sewajarnya doktor.. Tapi isteri saya bagaimana.doktor..?" Tanyaku dgn nada separuh ketar.bimbang. "saya akan cuba sedaya upaya,..utk
menyelamatkan kedua-duanya,.. Yang lain kita pulangkanlah pada Allah. Sama-samalah kita berdoa .."
Suara tenang tapi yakin lahir dari doktor Khadijah.. Ya Allah,.selamatkanlah isteriku,..Ya Allah..jangan
Kau ujiku di luar batas kemampuanku,..

Dalam sujudku yang panjang tak henti aku berdoa keselamatan isteri dan anakku..Aku memohon limpah kasih sayang Allah kepada isteri dan anakku tersayang.. Begitu lamaku cari ketenangan dalam
solatku,..tiba2 ayahku memanggilku mengajakku menunggu di luar bilik pembedahan.. Ketika sampai di pintu bilik ,..aku terdenagr suara tangisan bayi,,..alangkah lunaknya. "Encik saifudin..?"
ya..saya.." "Alhamdulillah isteri encik telahpun melahirkan ba yi perempuan yang sihat,.2.9 kg
dan comel seperti ibunya." kata Dr Khadijah tenang,.. "Alhamdulillah.isteri saya bagaimana doktor.?" Dr, khadijah terdiam ..tiba2 perasaan tidak sedap menjalar keseluruh tubuhku,..Kutenung wajah Doktor dengan tatapan penuh tanda tanya,.. Tiba2 doktor menggeleng kepalanya perlahan sambil tertunduk.. Mulutku ternganga seketika,.. "Maaf,.saya telah berusaha semampu yg mungkin,. Tapi Allah lebih menyayangi Huda,.." Deraian air panas bercucuran tanpa boleh dibendung,. Perlahan aku mengikuti d oktor ke ruang bilik pembedahan..Kurasa seperti seretan kaki ini sungguh lemah dan tak berdaya,..sesusuk tubuh di tutup dgn kain putih terbaring,..Perlahan aku membuka kain penutup..Innalillahi wainnailaihi raji'unnnn.. DariNya kita datang,.kepadanya kita kembali,.. Wajah Huda
pucat,..tapi bibirnya terukir senyuman manis,..manis sekali,..tanpa ku sedari ku dakap Huda
seerat-eratnya..tangisku perlahan, tapi tak tertahan..! "Sabar encik Saifudin,..sabar.." Terdengar
suara doktor Khadijah cuba menenangkan aku,.. "Nurse,.. tolong bawa anak encik saifudin.." katanya
lagi,.. Seorang bayi mungil yg masih merah dihulurkan dihadapanku,..perlahan kuambil dan kudakap bayi itu,.Kutatap wajahnya berganti-ganti dengan Huda..Mereka amat mirip.! Matanya, hidungnya,..mulutnya,..Allahuakbar..!!! Dadaku bertambah senak..tangisanku semakin menjadi-jadi,..
Sehinggalah ayah datang memegang bahuku..dan berkata,..

"Iqamahkan anakmu saifuddin,..sambutlah yang hadir,..doakanlah yang kembali.." Huda,.. rupanya
inilah hikmah Allah,..Maha Kuasa dan Maha mengetahuinya Allah,..Dia memberi kesempatan kepadaku
menemanimu , mengasihimu, hampir selama lapan tahun,..utk akhirnya memanggilmu setelah dikurniakn gantinya,. Ya Allah,.jangan biarkan hati ini berandai-andai,.. Seandainya kami tidak mengharapkan anak jika itu membawa kematian Huda,.. Tidak,.. Tidak, itu semuanya ketentuanMu Ya Rabb. Tuhan yang Maha Mengetahui,..Lagi Maha Pengasih,.. Selamat jalan Huda,


wassalam...

p/s : Bertuahnya jadi HUDA….berkat hidup dengan Suami yang sangat penyayang. Setia mereka sampai akhir hayat HUDA….Pengorbanan HUDA sangat bermakna buat suaminya….

Cerita teladan yang sangat menyentuh perasaan ibu sebagai kaum IBU, WANITA