Wednesday, December 24, 2014

Hati bergelora!

Alhamdulillah...apa kabar puteri2 ibu hari ni..
Kat mana anak2 ibu masa ni agaknya ye?..
Mungkin umur kakak dah berbelas tahun masa baca diari 3S ni..
Mia?...pun same agaknye...dah tua rupanya kome berdua ni...
Alhamdulillah...masih bernafas dengan izinNya..

Semua yang berlaku..
Seakan ibu tau 'benda' ni akan terjadi hari ni
Bukan tak bersyukur...bukan nak mengata..
Bukan tak nak..bukan menolak...bukan nak mengeluh...apa lagi yang bukan?..
Semualah BUKAN...
Tapi ni yang berlaku..kenyataannya!!
Benda yang ibu rasa terlalu berat tuk ibu dah menjadi!
Dia datang semula tuk anak2 ibu..
Untuk apa tu semua?...
Memang ibu selalu doakan yang terbaik...
Ibu tak tau nak menghadapinya sekarang..
Ibu tak nak anak2 ibu sikit pun berjauhan dengan ibu..
IBU TAK SANGGUP!!
Mungkin kakak n mia tak faham...orang lain pun takkan faham..
Sape2 yang merasa n melaluinye sahaja yg akan faham...
Hidup kene teruskan...
Setiap kali 'dia' (perasaan yang tak sedap hati) datang..
Pasti ibu tak merasa pijak kat kaki sendiri..
Takut...sedih sangat2...kecewa...pedih..sakit...syukur..
Semua dah bercampur baur...
Jadinya...hati ibu lemah sangat2 tatkala ni..
Nak solat, ibu 'bercuti'..
Time2 gini pulak dia datang...
Ibu luahkan semua kat atok...
Atoklah tempat ibu mengadu semuanya...
Atok soh bersabar, jangan berkeras sangat...
Takut benda buruk akan berlaku..
Ibu dah sehabis daya bersabar...berdoa
Semoga Allah tetapkan hati ibu...
Semoga Allah beri rahmat kat kite semua...

Entahlahkan...ibu berserah je kat Allah
Semua ni ketentuanNya..
Semoga apa yang berlaku..ada hikmah yang baik tuk kite..

Hati ibu tak tenang saat ni..
Ibu tak nak fikir negatif, takut2 betul2 terjadi
Tapi..ibu mana yang tak fikir negatif kalau benda ni berlaku
Ibu nak lawan...pergi jauh jauh setan oiii...
Kau makhluk yang sangat kejam!!
Suka sangat kat manusia lemah macam aku!!
Eeee..tak suka!! Patutlah Allah keluarkan kau dari syurga!!
Sungguh kau sangat + memang kejam!!

In Sya Allah...
Allah ada dekat dengan ibu..
Dekat dengan kite semua..

Kalau kakak n mia selalu bukak diari 3S ni..
Simpan dalam kenangan..

Kakak...Mia..
Ibu tengok kakak n mia membesar depan mata ibu
Terharu bila anak2 sendiri balas kate "ibu! I love u too'!
Ibu tak nak ape2 'harta' pun dari anak2 ibu
Ibu nak dengar perkataan 'sayang ibu' tu hari2
Ibu nak tengok anak2 ibu jadi manusia yang tetap imannya..
Jgn sesekali terpesong aqidah..
Solat jgn tinggal..
Tak ade bekalan lain dari amalan kite yang soleh tuk kite bagi kat Dia..
Jgn tunjuk kite hebat sangat kat org..
Kalau ade duit lebih, ingat satu, bagi sedeqah kat org...
Jgn biar org lain rase apa yang kite pernah rase...
Ibu teringat mula2 jadi 'benda' tu...kite beli beras 1 kg je kan?
Ibu malu nak g beli, ibu soh kakak belikan tuk kite masak makan tengahari tu..
Ibu punya sedih masa tu...bersyukur dengan apa yang kite ade sayang...
Macam mana nak lupa masa tu berlalu dangan macam tu saje?
Ibu takkan lupa....

Sampai hari ni..
Ibu masih hidup berpijak di kaki sendiri..
Berdiri dengan tokoh2 hebat macam atok...adik beradik n kawan2 rapat ibu
Diorang org hebat dan tau macam mana ibu..
Kat tempat keje, ibu 'yatie' lain, kat rumah ibu 'yatie' lain..
Tapi semua ni kerana SAYANG..
SAYANG dari Dia yang menjadikan siapa ibu...
Dia yang buat ibu rasa kuat sampai tahap ni...
Time kasih YA ALLAH..kerana Kau aku sujud mohon ampun..
Terlalu banyak dosa aku sehingga kau sedarkan aku...
Kat dunia ni aku dah terima tempias (yg sikit)...
Belum lagi kat akhirat..
Mudah2an, Kau masukkan aku dan saudara2ku ke SyurgaMu..






Friday, December 19, 2014

Kisah 'Drama' pagi hari..

As salam sayang sayang ibu..
Salam jumaat yang penuh keberkatan..
Alhamdulillah...pagi lagi dah sampai.
Dari asyik pejamkan mata, baik ibu jenguk diari yang semakin 'comel' ni
Dah rajin ibu bukak diari muka baru ni tau!

Pagi JUMAAT yang indah ni..
Semoga ketenangan, keberkatan, kecerahan, keinsafan
Datang bertubi tubi kepada kite semua
Semoga apa yang berlaku berakhir dengan sejuta kebaikan
Doa adalah segalanya bagi ibu...jangan berhenti! In Sya Allah..
Alhamdulillah, kakak n mia dah semakin positif menerima ketentuan dari-Nya
Cuma ibu yg mungkin 'drama' lagi dengan setiap apa yang berlaku
Memang benar redha apa yg terjadi...
Wanita lemah macam ibu tak mungkin lupa dengan setiap apa yg berlaku
Bolehkah seorang isteri tu senang melupakan setiap apa yg dilakukan suaminya?
Lebih2 lagi ada kene mengena dengan HATI?
Tak mungkin kan...
Lirik lagu kate macam nilah...'bisa sungguh hati ni, walau tak berdarah'
Macam tulah...tak nampak darahnya kan, tapi terasa membara je kan?..
Ishhh...kenapalah dia datang setiap kali ibu dah lupakan apa yang berlaku..
Sebab tulah ibu ber'drama-drama' macam ni..
Tak suka tau!!

Sudahlah...malas lagi nak cite bab 'drama' pagi2...
Tapi, In Sya Allah...berdoalah untuk jadi yang lebih baik
Nak sempurna? mana ada manusia yang sesempurna Nabi Muhammad S.A.W
So, positif selalu...berdoa, bersabar, bertawakal,
In Sya Allah, Allah selalu dekat dengan ibu, sebab Dia bagi ibu kekuatan!
Allah sayang kite, sebab tu Dia bagi kite semua ni...
Ibu selalu cite kan, kenapa Allah pinjamkan semua benda kat dalam dunia ni..
Ingat lagi tak?...
Haaa...jgn sedih2 tau..
Esok In Sya Allah...kite p soping2 baju sekolah
Beli yg mana patut je ye!
Hehehehehehe....mia budak kecik yang paling de-xcited nak p sekolah
Ibu doakan Damia Afrina anak ibu berjaya kat dunia dan akhirat
Macam tu jugak ngan kakak, ibu nak kakak berjaya kat dunia dan akhirat..
In Sya Allah..

Niat kat hati nak tulis resepi, tapi dah melalut...
Nanti2 jelah ye.
(^-^) Ucuknyer...
( ! _ ! ) Errkkk...mecncik2..
(@ _ *) Kenape ni?...
 Hehehehehe...
Saranghaeyo!!
Annyong hi gae yon!!


Thursday, December 18, 2014

Sungguh benar sabar itu indah...

As salam anak2 ibu...
Bila ada org yang mengusik hati kecik ibu...
Tak ade benda lain selain dari cari artikel2 yg mengembalikan semangat nak teruskan hidup ni..
Jantung ibu macam tak berdegup bila dengar manusia tu nak muncul
Tak nak lagi rase diri ni nak berdepan dengan die..
Tapi tak mungkin..dia segala2nya untuk anak2 ibu...
Ibu tak nak sikit pun dia sebut pasal anak2 ibu..
Apatah lagi nak ambik hati anak2 ibu...
Takut lain jadinya...
Masa ni, Allah saje yg tau berapa lajunya degup jantung ibu..
Betapa hancurnya hati n perasaan ibu..
Sakitnya tu tak tau macam mana..lagi sakit dari dihiris belati tajam!!
Memang..memang tak sape yg tau sakitnya macam mana...
Ibu tak nak sape2 rase sakit macam mana ibu rase..
Itu doa ibu...
Cukuplah ibu sorang rase..
Menangis? 
Dah bertempayan2 air mata ibu mengalir...
Kalau boleh tadah...dah bergelen2 rasenya..
Tapi bila ingat Allah...tenang sangat2 hati..
Ibu akan sujud n nangis puas2..
Ibu mohon doa selalu..salah satu daripadanya..
Ibu nak jejak kaki kat MEKAH..
Kat sana nanti..ibu nak mengadu kat Dia...
Ibu nak mintak ampun, sebab banyak sangat dosa kat Dia..
Kat atok n tokwan...
Dosa yang sengaja dan tak sengaja ibu buat...
In Sya Allah...
Pasti satu hari Allah izinkan ibu jejak bumi suci tu..

Anak2 ibu,
Jom, baca artikel kat bawah ni,
Hari ni ibu dah banyak gugle apa itu SABAR...
Bukan senang nak sabar, melainkan kite betul2 kuat!!
Ibu cnp, 
Anak2 ibu...kalau baca entry diari ni,
Baca sampai habis yer...
Ibu rase terkesan dengan setiap ayat ustaz ni...
Sejuk hati kalau kite baca...
In Sya Allah..ada kekuatan di sebalik ujian..


SABAR disebalik ertinya....

ALLAH menjanjikan Syurga bagi hambaNYA yang menjalani hidup dengan baik. Hidup di dunia tidak akan sentiasa menyenangkan. Setiap manusia digilirkan untuk merasai perkara yang disukai dan yang dia benci. Ini kerana dunia adalah tempat ujian bagi manusia untuk membuktikan siapa di kalangan hamba Allah yang benar imannya dan siapa yang berdusta.

Firman ALLAH, “Sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, dan Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan Dia pasti mengetahui orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 3)

Imam Ibnu Katsir rh. menjelaskan dalam tafsirnya: “(Agar dibezakan) orang yang benar dalam pengakuannya dari orang yang dusta dalam ucapan dan pengakuannya. Sedangkan Allah SWT Maha Mengetahui apa yang telah terjadi, yang sedang terjadi, dan yang akan terjadi. Allah juga mengetahui cara terjadi sesuatu bila hal itu terjadi. Hal ini adalah ijma’ para imam Ahlus Sunnah wal Jamaah.”

Antara bentuk ujian yang dihadapi manusia adalah seperti firman Allah, “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Sesungguhnya kita milik ALLAH dan kepadaNYA kita dikembalikan).” Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah yang mendapat petunjuk.” (Al-BAqarah: 155-158)

Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang sabar ketika ditimpa musibah mendapat tiga keutamaan sekaligus; selawat Allah, rahmat dan petunjukNya. Allah SWT tidak pernah mengumpulkan tiga keutamaan sekaligus dalam satu ayat kecuali dalam ayat ini iaitu keutamaan bagi orang yang sabar ketika mendapat musibah. Makna selawat Allah kepada orang yang sabar ketika mendapat musibah adalah: Allah memuji orang tersebut di hadapan para malaikatNya yang suci, hal ini sebagaimana yang dikemukakan oleh Abu Al-‘Aliyah Al-Rayyahi rhm. (Syarh Al-Mumti’, Ibnu Al-Utsaimin)

Orang beriman percaya bahawa semua takdir ALLAH itu baik dan ada hikmahnya, kerana Allah tidak menjadikan sesuatu sia-sia. Mereka mengharap pahala darinya dan hanya orang yang sabar dicukupkan pahala tanpa batas, iaitu orang yang sabar semata-mata kerana Allah, bukan kerana terpaksa. Ini kerana sabar yang diganjari pahala adalah sabar di awal musibah.

Rasulullah SAW pernah melewati di sebelah seorang wanita yang menangisi kematian anaknya. Baginda berkata kepadanya, “Takutlah kepada Allah dan bersabarlah.” Wanita itu berkata, “Engkau tidak rasa musibah yang aku alami.” Ketika Rasulullah SAW berlalu dari situ ada sahabat berkata kepada wanita itu bahawa orang yang menasihati tadi adalah Rasulullah SAW. Alangkah terkejutnya wanita itu, dia segera pergi ke rumah Rasulullah SAW dan berdiri pintunya. Dia berkata, “Wahai Rasulullah, tadi aku tidak mengenalmu. Sekarang aku sabar.” Rasulullah SAW bersabda, “Sabar itu di awal musibah.” (Bukhari dan Muslim)

BERITA GEMBIRA BAGI ORANG YANG SABAR DAN MENGHARAP PAHALA
Hikmah terbesar di sebalik musibah adalah dihapuskan dosa dan diganjari pahala sehingga dia beroleh Syurga ALLAH SWT. Nabi SAW bersabda, “Sungguh pahala yang besar bersama ujian yang besar. Apabila Allah mencintai seseorang, Dia memberi ujian kepadanya, siapa yang redha maka Allah redha padanya, dan siapa yang murka maka Allah murka padanya.” (Sahih. Riwayat Al-Tirmidzi)

Dari Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda, “Apabila Allah menginginkan kebaikan pada hambaNya, disegerakan baginya hukuman di dunia. Dan apabila Allah menginginkan keburukan pada hambanya, ditahan baginya balasan dosanya hingga akan disempurnakan pada hari kiamat.” (Hasan sahih. Riwayat Al-Tirmidzi)

Wuhaib bin Al-Ward rh. berkata, “Apabila ALLAH SWT ingin memuliakan hambaNya, Dia menimpakan kepadanya sesuatu yang tidak disukainya, kesakitan pada tubuhnya, dan ketakutan (yang menghapus dosanya), sehingga kematian datang kepadanya dan dia masih memiliki dosa, kematian dijadikan sangat sukar baginya disebabkannya (untuk menghapus dosa yang masih berbaki), menyebabkan dia bertemu ALLAH tanpa dosa. Dan apabila seseorang itu tidak bernilai pada ALLAH (disebabkan keingkarannya), ALLAH menjadikannya sihat, meluaskan tujuan hidupnya dan menjadikan dia merasa aman (ganjaran kebaikan yang dilakukannya dibalas ketika di dunia). Hingga kematian datang dan dia masih ada sisa kebaikan (yang belum dibalas), maka kematian dijadikan ringan baginya disebabkan kebaikannya, dan dia bertemu ALLAH tanpa apa-apa.” (Al-Mujalasah wa Jawahir Al-Ilmi)

Rasulullah SAW bersabda: “Ujian selalu bersama orang beriman lelaki dan perempuan, baik pada diri, anak dan hartanya, sampai dia bertemu Allah dalam keadaan tidak mempunyai satu kesalahan pun.” (Sahih. Riwayat Al-Tirmidzi)

Betapa manusia sangat memerlukan ampunan dari Allah, kerana setiap anak Adam tidak lepas dari dosa. Jadi mengapa harus mengeluh apabila ditimpa musibah? Jauhilah ucapan yang dimurkai, hindarilah mengeluh dan mengadu kepada manusia kerana mengeluh kepada makhluk adalah perbuatan hina. Sebaliknya mengadulah pada ALLAH sebagaimana yang diucapkan oleh Nabi Yaakub, “Sungguh aku mengadu kesusahan dan kesedihanku hanya kepada ALLAH.” (Yusuf: 86)

Nabi SAW berkata, “Mereka (para Nabi) sangat gembira dengan musibah seperti kalian gembira dengan kemudahan.” (Sahih. Riwayat Ahmad). Mengapa tidak, “Tidaklah seorang muslim terkena musibah penyakit atau yang lainnya kecuali Allah menghapuskan kesalahannya seperti pokok menggugurkan daun-daunnya.” (Bukhari dan Muslim). Bahkan Nabi berkata, “Manusia pada hari Kiamat menginginkan kulitnya dipotong-potong dengan gunting ketika di dunia kerana melihat betapa besarnya pahala orang yang tertimpa musibah di dunia.” (Sahih. Riwayat Baihaqi)

Ketahuilah, Allah tidak sesekali menimpakan ujian kecuali sesuai kemampuan hambaNya. “Allah tidak membebani seseorang kecuali dengan apa yang dia mampu.” (Al-Baqarah: 286). Allah juga berfirman, “Tiada satu musibah yang menimpa di bumi dan dirimu melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sungguh demikian itu mudah bagi Allah, supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang hilang darimu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. (Al-Hadid: 22-23)

Nabi SAW bersabda dalam hadis qudsi: “Allah SWT berfirman, “Wahai anak Adam, jika engkau bersabar dan mengharap pahala sejak awal tertimpa musibah maka Aku tidak rela memberi pahala untukmu selain Syurga.” (Hasan. Riwayat Ibnu Majah)

Jika dibanding ujian yang kita hadapi, tidaklah ia lebih berat dari apa yang menimpa umat Islam terdahulu, yang digergaji kepalanya hingga terbelah dua, disikat badannya dengan sikat besi sehingga nampak tulangnya, Sumayyah yang ditusuk kemaluannya hingga tembus ke punggungnya oleh Abu Jahal, dan banyak lagi. Mereka diuji sesuai tahap keimanan dan darjat mereka, dan kita diuji sesuai tahap keimanan kita. Hendaklah kita bersyukur selama mana ujian itu tidak menimpa agama dan tidak membuat kita berburuk sangka kepada ALLAH. Sabda Rasulullah, “Janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan berbaik sangka kepada Allah.” (Riwayat Muslim)

Tuesday, December 16, 2014

Seboklah Sangat...

As salam anak2 ibu...
Alhamdulillah....semua sihat kan..

Tak sempat langsung nak bukak diari 3S ni sejak dua menjak ni..
Seboklah sangat...hikhikhik...
Ni pagi ni awai sket ja...tu pun 7.30 baru sampai..
Cuti sekolah tak menentu nak sampai awal ke tak..
Ikutlah driver...

Lagi sekali..Alhamdulillah..
Jawatan kecik ibu kat opis dah TAMAT!!
Hehehehehe....tak mo lagi rasenya memegang jawatan kecik tu..
Biar org lain merasa....jadi AJK tabung kewangan tingkat 14
In sya allah...
Bila ada nama dalam jawatan, kene ada tanggungjawab..
Bukan senang yer...taklah susah mana pun..
Tapi sikit mengganggu tugas ibu kat kaunter..
Ok..tak pe, dah sampai ke hujung tahun pun...
Alhamdulillah..semua nampak OK!
Semoga tahun2 hadapan ada AJK baru yang lagi owsem!!
Selamat ya!

Lepas tu pulak kite sebok gak kat umah,
Minggu lepas macam kucar kacir sikit kan...
Dengan umah tak berapa nak kemas, bilik air tak sental..
Rimasnya...
Tak cukup masa lah kan..
Dah dua kali ahad, semua penuh dengan aktiviti..
Minggu lepas ada kezen (PP) datang..
Minggu ni kite p tunang kezen ibu pulak..
Habislah waktu rehat bersama anak2 comel ibu.
Sampai mia pagi tadi kate..
Ibu...bila nak cuti lagi..
Mia rindu ibu!! Adoii!!
Ni yang nak teriak!!! bila anak dah pandai nilaikan..
Sedih gak dengar dia rindu ibu...sori sayang yer..
Minggu ni ibu cuba manfaatkan cuti hujung minggu kite bersama yer..
In sya allah...minggu depan ibu ambik cuti..n kite p soping2 beli barang sekolah mia n kakak..
Mia terasa kot...sejak dua menjak ni, ibu tak banyak gomol2 die..
Tak geletek tummy cute die....
Tak dukung sangat pun die...
Tak banyak tanya pun apa dia buat hari ni...semalam...buat ape kat umah atok...
Semua bekulah!!
Kakak pulak yg kene buat...main ngan mia.
Sori sangat2 yer anak2 ibu..
Ibu ingat kite bertiga saje sayang..waktu tuk kite sangat berharga buat ibu..
Ibu tak mungkin lupa...In sya allah..
Owhh...ibu rindu MIA N KAKAK...
Macam hari2 nak cuti..dahlah cuti sekolah dah tinggal seminggu dua je lagi..
Ibu doakan, tahun depan akan lagi baik dari tahun ni...In sya allah..
SAYONARA!! SARANGHAE!! Hehehehehe....



Tuesday, December 9, 2014

Kerenah kakak n mia lagi....

As salam sayang2 ibu..
Buat ape agaknya di saat ni..
Mestilah tengah baca diari 3S ni kan...saje je nak tanya lagi..hikhikhik..

Semalam kakak 'kene' lagi dengan ibu
Kali ni sebab tak dengar cakap..
Suka sangat tak minta izin ibu nak bagi msg kat org..
Eee...geram sangat smlm...
Mana taknya...nak dekat 50 msg kot...
Ibu bukan ape....(tak leh teruskan ayat)...
So...memang nyesallah kan ba-bab anak sendiri..

Yang si kecik mia pulak...bila masuk umah, nampak rumah elsa lopong..
Macam ade org yg kuarkan elsa dari rumah die..
(lubang comel seolah2 sengaja dibukak)
Menangis macam hilang anak...pening!!
Geram kat kakak, pening tengok mia nangis...
Bila ibu pujuk semakin menjadi2, nak elsa jugak katenya!!
Arrhhh....sakit semuanyalah...

Masa dok 'attack' kakak..
Tiba2 mia dengar ade benda tengah cakar (ibu buat tak tau je)
Dia ambiklah torchlight canggih kat hp ibu...
Suluhlah semua ceruk...bawah kusyen, bilik air, g dapur...semua celahlah..
Ibu buat tak tau je....kan tengah geram..

Lepas tu...kelakarlah dalam geram2 tu..nak gelak, cam sakit hati tak habis lagi kan..
Senyap jelah..berhenti tengok gelagat mia..
Hahahaha...
Sekali tu, dia dengar elsa cakar lagi..
Menjerit soh cari elsa...dah dengar dia cakap katenya...
Hahahahhaha....
Ibu buat tak tau lagi...
Dah tu pulak....cari lagi..cari lagi..cari lagi...
Entah masa bila dia jumpe elsa!! Ada rupenye!!
Dalam tong sampah pink kat bilik no.3
Mia punyalah meraung...dengan menangis2 kia kate...
Elsa pergi mana....lepas ni jgn kuar lagi..
Dok diam, kalau elsa mati macam mane kami nak sayang elsa lagi...
Huhhhhh.....minah kecik ni. Boleh tahan gak ayat die...
Drama!!
Sambil dok genggam elsa siap cium2lah...
Eeee...ibu tak berani lagi nak sentuh anak2 angkat tu....

Sian kakak, ibu ba-bab sebab ade org yg cakap belakang2 ni...
Kantoi dalam msg tu...
Hai lah hati....
Tak mo lah terasa sangat dengan org yg selalu cakap belakang2..
Biarlah org nak cakap ape...
Ke ibu yg terlalu sensetipp...
Ermmm...susahkan..
Bukan senang nak buang perasaan 'terasa' tu..
Sebab bila dah dengar, ibu jenis yang tak leh lupa..
Sekali terasa..selamanya terasa..
Owhh..ayat!! tak suka tau!!

Smlm baru pesan kat kakak...
Kalau nak baik, Allah balas dengan kebaikan..
Kalau nak jahat, Allah tak pandang org yang buat jahat...
Tapi kalau nak senang, bukan senang kite nak jadi senang...
Kene kuat, kene solat doa hari2...
Kakak dah semakin besar...dah boleh jaga diri sendiri...
Jgnlah hari2 ibu cakap benda yg sama...
Percayalah kakak boleh, Mia boleh!!
Kisah hati semalam berakhir dengan kegembiraan..
Alhamdulillah....bila mintak maaf, macam biaselah kan..
Kakak cam tak ade benda pun....
Tapi in sya allah...semoga terkesanlah dengan kate2 ibu..
Siap leleh semua....
Jadilah anak yg ibu bangga ye kakak n mia..
Tak kaya tak apa,,,tak penting pun..
Yang penting anak2 ibu jadi anak solehah..beriman

Last sekali sebelum tido...ibu pakaikan inai kat kome berdue...
Hitam merah2..kuat betul warna inai tu...

Nantilah ibu update resepi...
Malas sudah nak taip ni...
Sayonara!!


Wednesday, December 3, 2014

Resepi Ayam Masak Merah Atok

As salam sayangsss...
Hari2 ibu rajin nak update resepi..
Mungkin sebab awal datang keje..pastu tak nak tido...
Dulu pantang lepa kalau datang awal..
Mungkin cukup kot wakto tido sejak dua menjak ni..
Cuti sekolah kan..
Tak berapa nak kalot sangat siap2 pagi..

Cuti sekolah ni hujan..
Tak leh nak plan nak kemana...
Bila tiba masa, baru plan..

Ok...
Resepi ayam masak merah ni, memang terbaik dari resepi2 atok
Memang takkan lupalah sampai bila2..
Bukan ibu je suka..satu famili, cucu cicit semua akan kate..
Resepi ayam masak merah kak muza sedap...
Hehehehehhe....
Kalau bab raya..
Sampai pernah masak 4-5 ekor...sekali makan..
Huhuhuhuhuhuhu...
Banyak resepi kat luar ibu cuba...sedap tapi lainlah sedapnye..

Kalau kakak n mia nak kelainan n rase klasik dari resepi 'org kedah' ni..
Buat had ni..mesti tak ghugi...

Bahan2 :-

Ayam 1 ekor - dipotong 14/16/18 (bersihkan, digoreng macam biasa kunyit + garam + pak aji sket - 3/4 masak je ye. bukan garing tau)
Cili kering 4 - 5 senduk besar
Tomato puree (jenama Duchef atau kimball (1 tin besar)
Garam
Gula
Santan pekat 1 cawan

Bunga lawang
Kulit kayu manis
Daun pandan
minyak


Bahan-bahan diblen

Serai
Bawang merah 3-4 biji
Bawang putih - 1/2 labu
Halia 2-3 inci
Lengkuas 2-3 hiris

Bahan hiasan

Bawang 2 biji - hiris kasar (belah dua n potong kasar)
Daun ketumbar 2-3 tangkai (ibu tak letak sebab lupa beli)
Daun pudina 2-3 tangkai (ibu tak letak sebab lupa beli)
Kacang peas dalam tin (ibu tak letak sebab lupa beli)

Caranya :-

Panaskan minyak, masukkan 2 sekawan, daun pandan dan bahan yg telah diblen.
Biarkan masak, keringkan sikit air bawang dan biarkan garing (dalam 15 minit)
Masukkan cili, tomato puree, garam, gula, pak aji...
Masa ni memang kene banyak sabar...
Sambal ayam ni akan percik2, dan lama nak tunggu.. dalam 40-50 minit...
Atok n ibu memang masak sambal ayam ni lama...
Ok, bila sah pecah minyak, sambal nampak cantik kilat n masak, masukkan santan
Boh ayam yg dah goreng 3/4 masak tu..
Masak lagi dalam 10-15 minit...Masa ni rase ape yg patuttt...
Boh garam atau gula kalau belum cukup rase yerr...
Last sekali, boh bahan2 hiasa...
Baru naik aroma ayam masak merah ni...

Salah satu lauk kesukaan kakak n mia..


Hehehehehe...saje nak tunjuk kepak tu..


Selamat mencube yer...












Monday, December 1, 2014

Masak Sesangan Ketam... (masak lemak banjar)

As salam sayang2 ibu...

Rajin pulak ibu semenjak dua ni kan...
Tulis resepi2 buat koleksi...hikhikhik...

Kotlah anak2 ibu nak wat rujukan..
Jgn suka makan je, masak pun kene suka jugak..
Tak leh tak sempat...tak leh nak malas2, tak leh tak suka..
Kene masak walaupun untuk diri sendiri...
Kan org2 tua kate, perempuan dengan dapur tak leh pisah...
Kalau zaman global ni ramai lelaki dah ke dapur..
Kenapa perempuan tak nak ke dapur?..
So..jgn cari alasan...

Ok....

Kali ni ibu nak bagi resepi yg kakak n mia suka..
Masakan dari atok ayam, resepi org banjar...
Dah terror ibu belajar dari atok ayam tau!
Dari zero...sampai dah dapat ijazah sarjana! huk huk huk..
Wahh...sedaplah kan..sebab atok ibu pun suka kalau ibu masak sesangan ni..

Jom tengok resepi...

Ketam 1kg (dlm 7-8 ekor - siang sarang perut je, cengkerang tak yah buang)
Cili kering 4-5 tangkai*
Kunyit hidup 2 inci*
Halia 2-3 hiris*
Bawang putih 1 ulas sahaja*
Bawang merah 2-3 biji*
Cili api 10 biji (kalau tak nak, letak sikit je)*
Asam keping 1-2
Buang labu mulut 2 - 3 biji (sila google)
Santan 1 biji kelapa
Serai 1 - 2 batang
Garam
Pak Aji sket..


Cara2 :

Potong dadu sedarhana buah labu mulut - basuh n toskan
Blend semua bahan bertanda *
Boh dalam periuk bahan blend dan serai, didihkan lebih kurang 5-8 minit
(hilangkan bau2 mentah cili)
Masukkan labu dan rebus sehingga 1/2 masak
Boh sket garam n pak aji..
Bila dah 1/2 masak, boh ketam dan masukkan santan dan asam keping
Kacau rata, jgn sampai santan pecah minyak..
Warna merah ke-oren oren masak lemak ni..Bukan warna kuning yer...
Ok..bila buah labu n ketam dah masak..rasakan sekali lagi garamnye...
Bila ok..tutup api dan hidangkan. SIAP!

* Santan mesti segar. Tak leh yg lame punye...tak sedap!

Ermm....sedapnye buah labu mulut ni...lagi sedap dari labu air..


Ketam tu sedap kalau letak sekor2 macam ni...Ibu dah cuba buang kulit, tapi sedap lagi kalau biarkan berkulit.


Hik..hik..hik... Makan dengan sambal belacan, ulam n ikan pekasam...!!

Ikan pekasam...


Ulam...


Sambal belacan...

Kalau nak tau labu mulut cm ner...
Tengok ni.. (ihsan google)


Haaa..cm nilah ghupe die..


Sedap..... Buang kulit cm kite kupas ubi kentang. Biji dalam die nipis d lembut sangat. Hati2 masa kupas labu ni yer..licin n sikit melekit. 

Selamat mencuba.