Seronoknya ada bulan yang sangat teristimewa ni
Bulan ni teramat bermakna buat Ibu
Banyak peristiwa yang manis berlaku pada bulan ni
Ibu sangat2 bersyukur di atas segala rahmat NYA
Kerana Dia Ibu lahir pada bulan FEBRUARI
Iaitu bulan 2
Bukannya seronok sampai tak terkata
Tapi disebabkan ada no. 2...
Semua kenangan-kenangan Ibu ada kaitan dengan no. 2
Jadi...dengan tak sengaja
No.2 adalah no. bertuah Ibu!!
Bukan untuk dipuja..tapi sebagai kenangan paling indah
Nak tahu kenapa?????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ibu adalah anak yang. 2
Lahir pun dalam bulan Februari..bulan 2
Tarikh lahir pun bermula dengan no.2......21/02
Ibu dilahirkan di Kedah....so, kod Negeri Kedah adalah 02
Ada 2 orang adik perempuan
Bekerja di PPUM pada 02/01/2002
Ibu berkenalan dengan Abah pada tahun 2002
Abah pun lahir sama tarikh ngan Ibu...21hb..bulan jer yg lain
Dan berkahwin pada umur 22 tahun
Tarikh nikah juger bermula dengan 2
Bersanding puj pada bulan 2 fuhhhh!!!!!
Mendapat cahaya mata yang pertama semasa berumur 22
Dan kini dikurniakan 2 orang cahaya mata perempuan
Ada satu cerita lagi....
Setahun dua lepas tak ingat sangat ...Abah dapat projek bawah JKR
Projek tu mesti diundi oleh kontraktor terlebih dahulu
Semua kontraktor mesti berdaftar sebelum masuk ke tempat tu...
Abah pun buatlah apa yg patut
Masa tu kebetulan Ibu dan Afiqah ikut sebab permintaan dari Abah
Abah kata manalah tau dapat rezeki pada hari tu, bawak anak bini
Nasiblah pada semua kontraktor yg berdaftar hari tu
Siapa yg murah rezeki...dapatlah
Kami pun tunggulah...
Tunggu punya tunggu...
No. pun dah nak abis...
Tak silap ada lagi 2 jer projek yg perlu diundi
Tiba-tiba....
Afiqah nak bola ping pong (ada no. cabutan pada bola ping pong)
Abah nampak cam sedih sket sebab tak mungkin dapat kerja yg ditawarkan
Sebab kontraktor yg datang pada hari tu...ramai sangat
Zuuupppp!!!!! tiba-tiba
No. 2!!!!
Abah dengan rasa bersyukur sangat bangun dan bawak Afiqah ambik bola tu
No. 2 bola ping pong tu...
Abah dapat no cabutan pada hari tu...
Siapa yg dapat bola ping pong tu...dapatlah satu peluang rezeki
Itulah kisah no. 2
Kalau ada lagi kisah no. 2
Ibu cerita lagi....
Ibu nak cuba upload gambar
Sempena semua ulang tahun no. 2
Semoga apa yg kita ada hari ini
Menjadi hari lebih baik pada masa akan datang
Jadi lepas ni, anak-anak ibu ingatlah peristiwa yg bermula dengan NO 2!!!
Sayang anak2 ibu...tak leh upload gambarlah..slow sangat internet.
Nanti yer..
Opsss....esok tahun baru cina
Dah meriah ngan bunyi mercun!!
Selamat tahun baru cina bagi siapa yang meraikannya...
No comments:
Post a Comment