Pengalaman sebenarnya. Damia suka makan bubur ikan bilis goreng n dicampur lobak merah. Diblen, dan ditambah dengan sikit kicap lemak manis. Tok punya idea. Sebab Damia banyak makan bubur macam tu…seronok bila maksu suapkan. Maksu yang selalu suap Damia makan, tok cuma sediakan jer. Tq maksu, n tok. Mak lang pula, suka mengemas diri Damia, bila mandi, maklang yang hiaskan. Dan kakak…….kaki sakat Damia. Nanti besar Damia mesti balas balik, sebab dia kecil n tak tau apa2. Damia suka jerit2 bila kakak dekat dengan dia. Takutlah tu….takut kakak usik. Kakak memang suka mengusik!!! Ibu kadang2 naik hantu tengok kakak buat macam tu…Ubah yer sayang perangai tu…tak baik sakat adik tau.
Sebenarnya jugak……ibu nak kongsi resepi. Yang menariknya, resepi2 ni tok n ibu yang punya. Memang dari bangku sekolah lagi, ibu suka menolong tok(mak ibu) n arwah tok(nenek ibu) memasak. Kakak pun dah nampak minatnya yang suka memasak. Satu kebanggaan jugak!!
Dah macam2 resepi ibu n tok masak…tapi tak pernah nak muat turun dalam blog ni. Nanti ibu muat turun. Mesti punya…supaya anak2 ibu masak balik apa yang ibu pernah masak.
Dan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Semenjak dua menjak ni, seronok plak ibu berkongsi citer islamic ngan anak2 ibu.. Sumer nak kongsilah...Selalu ibu ingatkan kakak n adik, jangan lupa buat kebaikan. nanti bila mata dah pejam, takut tak sempat nak beramal.......Siapa yang rugi??????? Nanti Dia akan tanya ibu ngan Abah, kenapa tak ajar anak2 masa mereka masih bernyawa...Ibu nak jawab aper??? Errmmmmm…..semoga anak2 ibu mendapat ilmu dunia dan akhirat yang diberkati. Ibu doakan juga agar semua saudara2 islam kita mendapat rahmat dari-Nya. Aminnnn…..
"A'u zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum memulakan apa2 saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu Ahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. wa lam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah, berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tigaminit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas 3 kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak
12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari
bacaan kami ini kami berikan kpd orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid
walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
~Wallahualam~
No comments:
Post a Comment