Sekali lagi tips yang memberi banyak manfaat untuk ibu. Semoga Allah membuka mata dan deria2 yang lain untuk ibu terus berusaha menjadikan ibu salah seorang ibu yang terbaik...hehehehehe (lambat lagi kot...)
MERAIKAN ANAK-ANAK KETIKA MEREKA PERGI DAN PULANG
DARI SEKOLAH
Kerap terjadi di kalangan ibu bapa yang gagal
memberi didikan dan tumpuan terhadap anak-anak yang bersekolah, terutamanya
ketika mereka pergi ke sekolah atau pulang
dari sekolah. Ibu bapa tidak meraikan anak-anak mereka ketika pergi dan pulang
dari sekolah. Ini berpunca dari kesibukan mereka dalam menjalani tugas ataupun
sememangnya mereka malas dan menganggap kerja-kerja seperti ini satu perkara
yang kecil dan remeh.
(Ini ibu memang tak boleh buat. Macam mana nak ambik n hantar kakak??)
Ibu bapa seharusnya
menyedari kecuaian mereka meraikan anak-anak semasa pergi dan pulang dari
sekolah. Sekiranya anak-anak dibiarkan pergi dan pulang tanpa ditanya dan
diraikan, mereka akan berasa kurang ceria, kurang berminat dan adakalanya
anak-anak boleh membohongi ibu bapa dengan mudah, bahkan kadang-kadang ibu bapa
tidak tahu apa yang anak-anak mereka lakukan. Bagi anak-anak pra sekolah,
lebih-lebih lagi yang baru masuk sekolah atau setahun bersekolah, tentulah
anak-anak ini masih ada lagi perasaan takut untuk bersekolah. Ketika proses
awal persekolahan inilah ibu bapa perlu mengambil perhatian terhadap anak-anak
mereka.
Ibu bapa perlu memainkan
peranan dengan melapangkan sedikit masa untuk meraikan pemergian dan kepulangan
mereka dari sekolah. Perkara-perkara berikut mungkin boleh dijadikan amalan
harian :
- Mengejutkan mereka dari tidur
dengan penuh kasih sayang
- Menahan sabar terhadap sebarang
kerenah mereka pada waktu pagi sebelum pergi ke sekolah.
- Cuba untuk bersama-sama bersarapan
pagi dengan mereka sambil menanyakan kemajuan persekolahan mereka.
- Sama-sama bergerak ke muka pintu
untuk melepaskan mereka pergi sambil bersalam-salaman dan
berdakap-dakapan. Suasana berkasih sayang seperti ini amat penting
terutama bagi mencairkan kerenah-kerenah negatif yang biasanya ditunjukkan
pada waktu pagi. Kalau ada peluang cuba hantar sendiri anak-anak ke
sekolah. Dalam perjalanan yang singkat itu banyak bentuk komunikasi yang
dapat dilakukan. Banyak proses faham-memahami dapat diusahakan. Jadikan
rutin seperti ini sesuatu yang menyeronokkan. (ini selalu jugaklah....dapat ambik kakak balik sek. keb.)
- Raikan kepulangan mereka. Tanyakan
apa yang berlaku di sekolah. Sajikan makanan mereka. Kalau berkelapangan,
hadirkan diri sebentar untuk sama-sama menjamah makanan dengan mereka.
- Sering
ingatkan mereka tanggung jawab menyembah Allah S.W.T sebelum mereka
melakukan perkara-perkara lain
Insya-Allah....kalau nak seribu daya..kalau tak nak seribu dalih. Tapi..macam mana kalau ibu memang tak boleh n ambik kakak?? Ibu n abah bekerja...
Sape yang tak nak ambik anak pergi n balik sekolah....lebih2 lagi anak sulung pertama yang bersekolah. Sume ibu n bapa pun nak yang terbaik untuk anak2....cuma masa tak mengizinkan. Betul tak kakak....doa ibu selalu bersama2 kakak...
Itulah PERISAI yang paling ibu harapkan....
No comments:
Post a Comment