Monday, January 16, 2012

Tips-tips untuk mendidik anak bagi ibu yang bekerja

Salam sayang-sayang ibu
Ibu tak sempat nak cerite2 weekend kite
Sebab, ambil masa yang lama tuk upload gambar n macam2
Lagi2 ibu kalau bercerita, sampai 5 -6 page
So...nanti2lah

Tapi kali ni nak ingatkan diri ibu sendiri
Tentang didikan anak2
Bukan ape, ibu bukan seorang ibu yang disiplin macam ibu2 lain
Ibu tak berapa nak cerdik untuk didik anak2 ibu
So...ibu search tips2 dari internet tuk share tips yang sangat ibu perlukan
Sikit sebanyak ibu dapat manfaatkan dengan anak2

Banyak rupenya langkah2 untuk mendidik anak dengan cara mudah
Cume ibu je lalai, leka, tak berapa nak disiplin tuk ajar anak2 ibu
Lepas ni, akan ibu ikut seberapa mampu
Ilmu2 ni sangat berguna n bermanfaat tuk ibu
Kakak kene baca juge yer...jangan ibu je yang buat
Sebab, kedua2 kite perlu bekerjasama tuk belajar...
Ibu belajar n kakak juge perlu belajar

Dan...
Ibu sangat suke tonton rancangan "TANYALAH USTAZAH, n TANYALAH USTAZ"
Ibu tengok sebelah malam, kalau tak buat pape, tv 9 kul 12.00 mlm
Kakak dah tahu kalau kul 12.00...ibu mesti tengok tanyalah uztaz kan?? hehehe
Sekarang dah kurang sket...coz kakak dah sekolah, harus bangun awal2

Errmm....jom kite ulangkaji tips2 ni


Assalamualaikum..

Hari Jumaat semalam..
berkesempatan menonton rancangan "Tanyalah Ustazah" di TV9.
Topik yang disampaikan adalah..erk..ape tajuk spesifiknye ek??..tapi yang pasti, berkaitan dengan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak..disampaikan oleh Ustazah Nor Hafizah Musa.
Saya tau, ramai ibu-ibu yang berkerja tidak dapat menonton tv ketika itu, jadi disini saya kongsikan sedikit apa yang dapat saya salin, dan sangat berguna terutama untuk ibu-ibu lain yang sama macam saya , iaitu BERKERJAYA. Itu pun saya sudah terlepas 20minit..rugi..rugi..

Kata ustazah,ibu yang berkerjaya ni sangat mencabar. sedangkan surirumah sepenuh masa sudah merasakan penat menguruskan rumah tangga, apatah lagi ibu yang berkerjaya. Balik dari kerja setelah seharian bekerja, menuntut ibu ini menguruskan anak-anak,suami dan rumahnya pula.


Persoalannya, bagaimana ibu berkerjaya berperanan dalam mendidik anak-anak..
ibu yang berkerjaya pasti penat..kadang-kadang tertekan dengan kerja..kemudian balik kerumah untuk melayan kerenah anak-anak yang macam-macam..lalu ustazah memberikan tips untuk ibu berkerjaya amalkan..
ada 4 Tip menarik untuk dikongsi..iaitu 4K

1. KOMITMEN
-ibu perlu berazam untuk mendidik anak dengan baik. ibu perlu ingat, kesilapan mendidik anak pada hari ini, buruk padahnya di masa depan.walaupun letih, kuatkan hati dan semangat untuk melayan anak-anak dengan baik. banyakkan berzikir untuk menghilangkan rasa penat.
kadang-kadang,bila penat tu la kita rasa nak marah je kan..dan anak-anak ni la yang jadi mangsa..lepas ni kalau rasa penat dan anak-anak menguji kesabran, kena banyak-banyak berzikir..

2. KONSISTEN / ISTIQAMAH
-apa yang ibu buat untuk mendidik anak perlulah berterusan. Jangan kerana hari ni dengar ceramah, maka semangat untuk mengajar anak selepas magrib.esok-esok tak buat dah..buatlah secara konsisten.hari ni solat berjemaah,esok lusa tak buat dah.ambillah masa walau sekejap untuk mengulangkaji dengan anak-anak. sekejap tatapi konsisten adalah lebih baik dari lama tapi sekali-sekala kan..

3. KREATIF
ibu berkerjaya perlu kreatif dalam mengurus rumah. Kata ustazah, memang penat dan kadang-kadang rumah tak terurus kerana menguruskan anak-anak.kalau sibuk mengurus rumah takut anak pula terabai.
Jadi, ibu perlu kreatif. Contoh, kain yang bertimbun, himpun je dalam bakul kalau tak sempat lipat, takde la nampak bersepah (contoh ni ustazah bagi dan maybe dia pon biasa buat..hehehe). Sapa-sapa ibu berkerjaya ade idea kreatif dalam mengurus rumah sila la kongsi dengan saye ye.

4. KETAQWAAN
yang ini paling menarik. kata ustazah, bila kita berkerja, dan anak-anak kita tinggalkan dengan pengasuh..
pastikan kita melakukan kerja dengan penuh taqwa. apa yang kita lakukan,ada impaknya pada anak-anak.kalau kita bekerja, tapi mengambil rasuah, ingatlah hasil haram yang kita beri pada anak. sama juga jika kita bekerja, tapi "tidak bekerja"..ingatlah pada keberkatan rezeki yang kita bawa balik untuk anak-anak..ibu-ibu..bekerja lah dengan kerja yang sebenarnya agar kita membawa balik rezeki yang halal dan berkat untuk anak-anak.agar mereka membesar dengan akhlak yang baik hasil dari didikan yang baik, dan juga makan dari hasil yang baik-baik juga..eh..jangan ibu-ibu risau jika membaca entry ini ketika sedang bekerja ya..tidak salah jika sedang berkelapangan.

Ustazah juga berkata, anak pada ketika umurnya 0-7 tahun adalah TUAN. Kenapa? lihat dia boleh kata "mak, nak susu" walhal emaknya seorang profesor..sapa berani mintak profesor macam tu kan (tersengih saya bila ustazah bagi contoh ni..memang tepat). Sebagai tuan, kita kena ikut apa yang dia mahu. TETAPI perlu kita ajar anak kita cara yang betul untuk minta kita buat sesuatu.

 pada umur 8-14 tahun anak adalah suruhan. suruhlah dan jarlah dia menunaikan solat dan amalan-amalan wajib yang lain. Pada umur14-21, anak adalah pembantu,mintalah bantuannya untuk melakukan sesuatu yang tidak membebankannya,dan mulakan dengan meminta bantuan sesuatu yang mudah.

Sebelum menutup bicara, ustazah kongsikan doa untuk melembutkan hati anak-anak.elok dilakukan ketika solat tahajud. doa dari surah at-taubah ayat 129. Saya tidak sempat salin tafsirnya. dan juga belum sempat bukak tafsir. InsyaAllah jika berkesempatan nanti sy update ya.

..berlapang dadalah wahai ibu berkerjaya..walaupun berkerjaya, insyaAllah cabaran untuk mendidik anak masih boleh dipikul..disamping dapat membantu meringankan beban ekonomi suami..ingatlah..KUALITI masa bersama dengan anak-anak itu adalah yang terbaik..ingat pesan ustazah hafizah..KONSISTEN..insyaAllah, anak-anak terdidik dengan baik..

itu saja untuk perkongsian ilmu kali ini..sharing is caring..



Amacam kakak....boleh faham tak?? Insyaallah...Allah itu MAHA mengasihi

6 comments:

  1. salam..mama fiyan mohon copy entry ni ya..nak simpan dlm blog juga..amat bermanfaat untuk diri sendiri dn ibu2 yang lain...

    ReplyDelete
  2. Wha, terimakasih banyak infonya mas, jangan lupa kunjungi website kami di ModelRumahMinimalis21.com untuk yang ingin mendesain rumah impian anda

    ReplyDelete
  3. salam saudari anak2 adlah anugerah melentur buluh biarlah dari rebungnya samalah disini so saya ingin berkongsi program Konvensyen Keibubapaan Smart2Wise 2013 ini
    telah bnyk membantu ibu-bapa dan golongan
    pndidik dan bakal ibu-bapa dlm isu
    program ni telah bnyk membntu memahami
    ank mrka dan jga blh mndpt e-book prcuma
    ini emailnya http://aloveworld.ashadee.com/go/hazim1993/

    ReplyDelete
  4. Diana pun bekerja...memang kadang-kadang anak-anak ini ujian untuk kita. kene depa buat perangai elok..seronok ja ghasa. kene hari depa buat perangai...urut dada jdk mak ni....

    ReplyDelete
  5. salam .. jadi seorang ibu mmg kene byk sgt2 sabar.. nak2 ibu tunggal ank 3 cam saya.. hanya Allah yang tau ..Semoga dah besar esok2 ank2 takkan lupe jasa dan pengorbanan saya..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  6. itula... jadi ibu bukan senang... Semoga Allah membalas yang terbaik untuk para ibu yang ikhlas semua... Tq sis sebab share banyak ilmu dalam entry ni :)

    ReplyDelete