Wednesday, May 30, 2012

Si Manje Ibu Damia dah sihat sket...

Alhamdulillah..
Si manje ibu dah sihat sket..
Masa demam panas hari tu 4 hari tak makan...
Sebagai seorang ibu...luluh hati tengok anak sendiri macam tu
Bayangkanlah...mia tak mahu duduk...nak baring aje
Bila celik je mata....dah nak lelap pulak!
Macam mana ibu tak risau...dahlah abah tak ade...
Sib tok ade...kalau tak...seminggulah ibu EL
Tok n 'geng'lah yang menjaga mia masa ibu keje...
TQ mak...sayang mak!!

Dah seminggu berlalu...
Sekarang mia tidaklah begitu sihat sangat..
Cuma baik dari demam panas yang sangat sangat tu..
Cucume...n batuk masih lagi tak hilang
Yang terharunya...kakak banyak tolong ibu jaga mia kat umah...
Semenjak demam ni..mia tak nak langsung dengan abah...
Dengan ibu pun...kalau kat umah tok...tak dilayannya sangat
Kecuali kat umah.....ibu jelah mulutnya...sampaikan abah nak bawak gi kedai pon...tak nak
Tapi siap pakai kasut.....bila nak bawak keluar....nak ibu!
Hampeh!!

Alhamdulillah...syukor sangat2 mia dah sihat...
Berat badan janganlah cakapppp....susuttttt!!!!
Angkat mia macam angkat belon....siriusss....beza dengan sebelum ni

Sekarang ni ibu tengah melayan mia makan...
Ibu g pasa malam...kat pasar malam tu taklah jual macam2 sangat...
Ibu belikan buah tuk mia tambahkan vitamin2 yang terkurang
Mia tak berapa nak makan yg pelik2...kecuali jagung rebusss..
Makanlah sikit walaupun tak habis seperdu...
Seronoklah tengok mia makan....yang pada dasarnya taklah membuatkan mia kenyang

Kakak pulak...same je...tak berapa nak makan
Lagi2 sekarang cuti sekolah...asyik main jelah dengan kawan seblock dengan umah tok
Selagi tak panggil sruruh masuk...tak masuk!
Badan dah jadi kurus rempeng....cerewet jugak bab2 makan ni..
Kalau tak masak lauk kegemaran....jangan haraplah nak makan...

Ibu berdoa agar anak2 ibu diberi kesihatan yang sangat2 baik
Dijauhkan dari segala penyakit dan bencana
Dilindungi dari perkara2 yang tak diingini
Semoga hidup kite sekeluarga mendapat keredhaan dan keberkatan!
Aminnn...

Jom amalkan doa ni sayang-sayang ibu...


DOA AGAR DIKURNIAKAN KEAMPUNAN, HIDAYAH, REZEKI DAN KESELAMATAN

اللهُمَّ اغْفِرْلِي، واهْدِنـِي، وَارْزُقْنِي، وَ عَافِنـِي، أَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ ضِيقِ الْمَقَامِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: "Ya Allah , ampunilah aku, berilah hidayah padaku, anugerahkanlah aku dengan rezki, berilah afiat kepadaku, aku mohon perlindunganMu dari kesempitan tempat berdiri di hari akhirat kelak.


DOA MENGUBAT DEMAM PANAS

 مِ اللـًّهِ الْكِبـيْرِ ، نَعُوذُ باللَّـهِ الْعَظِيـْمِ مِنْ شَرِّ عِرقٍ نَعَّارٍ وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّـارِ  

Maksudnya : “Dengan nama Allah yang maha Besar, kami memohon perlindungan dengan Allah yang Maha Agung dari kejahatan urat dan kejahatan kepanasan api ” .

Keterangan & Petua Beramal

Menurut al-Imam Al-Zahabi, Ibn Abbas r.huma berkata bahawa Nabi s.a.w mengajar doa ini agar dibacakan bila ditimpa demam panas.

Menurut sebuah hadith yang dikemukakan dalam sahih Al-Bukhari dan Muslim, Asma` r.ha telah menuangkan air kepada seorang perempuan yang ditimpa demam.Beliau telah mengatakan bahawa Nabi s.a.w telah bersabda : “ Sejukkanlah dia dengan air”.

DOA BUAT MENGUBATI PERASAAN DUKA ATAU STRESS


اللهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ ، وَ ابْنُ عَبْدِكَ ، وَ وَ ابْنُ أَمَتِكَ ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ اْلغَيْبِ عِنْدَكَ ، أنْ تَجْعَلَ القُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي،وَ نُوْرَ صَدْرِي ، وَجَلاءَ حُزْنِي ، وَذَهَابَ هَمِّي

Maksudnya : “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan) . Ubun-ubunku dalam gengamanMu, hukumanMu berlalu kepadaku, Qada’ ( keputusan ) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku , cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku”.

Petua Beramal

Sesiapa ditimpa perasaan sedih dan duka , maka hendaklah dia berdoa dengan apa yang dianjurkan oleh Nabi saw ini . Tatkala Nabi saw selesai mengajar doa ini , seorang sahabat bertanya kepada baginda saw : Wahai RasululLah , orang yang lemah adalah orang yang meninggalkan doa ini ? Jawab baginda saw Ya ! sebab itu bacalah olehmu doa ini dan ajarkanlah ia . Sesiapa yang yang membacanya menurut apa yang tersebut itu nescaya Allah swt akan menghilangkan dukacitanya dan memanjangkan perasaan senangnya .

DOA APABILA MERASA SAKIT YANG AMAT SANGAT




ربَّنا الَّذِي فِي السَّمَاءِ ، تَـقَدَّسَ اسْمُكَ ، أَمْرُكَ فِي السَّماءِ وَالأَرْضِ ، وَاغْفِرْ لَنَـا حُوبَنَا وَخَطَايَانَا ، أَنْتَ رَبُّ الطَّيِّـبِينَ فَـأَنـْزِلْ شِفَاءً مِنْ شِفَائِكَ ، وَرَحْمَةً مِنْ رَحْمَتِكَ عَلَى هَذَا الْوَجَعِ فَيَبْرَأُ.

Maksudnya :" Tuhan kami di langit yang Maha suci namaNya, urusanMu di langit dan bumi,sebagaimana rahmatMu langit, maka jadikanlah ia juga di bumi, dan ampunkanlah kami dosa-dosa dan kesalahan kami,Engkaulah Tuhan kepada mereka yang baik, maka turunkanlah penawar dari penawarMu, dan rahmat dari rahmatMu ke atas penyakit ini nescay ia sembuih” .

Keterangan & Petua Beramal

Dari Abu Darda` r.a, sesungguhnya dia pernah didatangi seorang lelaki yang mengadu tentang ayahnya yang ditimpa masalah tertahan kencing dan batu karang.AbuDarda` r.a telah mengajarnya agar membaca doa ini yang dipelajarinya dari Nabi s.a.w.Apabila sahabat itu membacanya kepada ayahnya, maka penyakit itu sembuh dengan izin Allah s.w.t


Aminnnn....

Friday, May 25, 2012

Manje ibu demam panas...

Bukan nak mengeluh kesah bila ditimpa dugaan
Tapi ibu tak sampai hati tengok si tecik ibu ni demam
Dah hampir seminggu Damia demam panassss
Panas yang tersangat2!!
Hilang suara2 manje...
Hilang telatah comel mia..
Senyap sunyi rumah tu bila mia tak mau nak berlari2
Mia tak mau langsung nak bertegur sape

Ibu risau yang teramat risau..
Abah pulak tak ada...out station!
Arrrggghhh.....sib tok n famili ade dekat dengan ibu
Bolehlahh ibu menumpang tido tuk beberapa hari ni

Dah macam2 ubat ibu bagi mia try..
Sampai masuk ubat buntuttt....tapi tak hilangkan langsung panas mia
Kalau hilang pun...setakat sejam lebih je...pas tu panassssss balik
So...kalau sampai tengahari ni panas mia tak kebah..
Ibu soh tok bawak sini..PPUM lah..
Sebab kalau g klinik, same je ubat yang akan dokte tu bagi
Ermmm....sedih2 tengok mia macam tu
Bila malam je...panas semakin menjadi2
Ibu pakaikan cool fever pon tak luth..
Hanya jelom dengan air asam...adelah kurang sket..
Tu pon...mia masih mengeluh...cian....asyik alih tempat tidor..
Tak selesa agakknya....bukan je demam, batuk n cucume..(selsema)

Semoga Allah memberi memberi kesihatan yang terbaik untuk Damia
Semoga dugaan kecil ni akan ibu hadapi dengan tenang


Tuesday, May 22, 2012

Wajah Comel Anak-anak Ibu...

Jom tengok2...
Yang mana satu menjadi tarikan anak2 ibu??
Cantikkan?? Puas hati jugak dapat upload gambar yang lama ibu buat...
Kebetulan balik ngan kawan ibu hari ni...
Ibu baru balik dari kusus PR...lewat sket hari ni jumpe anak2 ibu

Pape pon...sangat suka tengok gambar2 yg ibu edit sendiri melalui photomania..
Nanti bleh anak2 ibu cuba plak yer!!


Comel kan??


 Ni lagi comel kan??


Kakak.....cantiklah!!


Ayunyer....


Errmmm....macam sket....tapi sesuai...macam askar!!


So cute!!


Ermmm.....


Tengok kucing tu.....mesti org yg buat web ni sangat2 bangga!! Sebab sangat berguna!!


Dahlah si manje ibu suka ngan meowww.....ada pulak meoowww kat sebelah pc tu...


Ni pun cantik kan??


Kakak....


Amazing.....


Comel...


Rugi....gambar mua kecik je....dia tak dapat besarkan


Same ker?? Hahahahaha....


Sesuai sangat2 ngan baju2 kite kan kakak??


Konon2lah tu...


Tapak kaki ni sangat comel....memang nampak 'kurenggg'...tapi bermakna!


Sesuaikan??


Cantik betul kan pemandangan dia....


Ni pun...


Kite.....


Manje ibu....DAMIA 


Ni lagi...manje ibu...Sangat sepadan dengan pic tu..



Cantik betul org yg buat 'album' ni...SANGAT KLASIK!!


Ni lagi...


Gmabar yg takkan ibu terlepas pandang bila ibu bukak album kakak n mia....


Budak ni macam mia...cuma bezanya mia anak ibu....hehehehe.
Tak samelah...dia org putih....


Wow!!!...beginilah kalau kat umah....sket2 angkat tangan...n kate WOW!!


Cantikkan...


Ni pun samekan??


Len kali ibu akan 'edit' gambar2 lain pulak yer...
Banyak lagi...tapi tak sempatlah sayang...
Ermm...oklah..nak balik.
Salam sayang dari ibu yang comelsss....


Monday, May 21, 2012

Keindahan SABAR ! !


SABAR??
Masih belum cukup kuat ibu dengan erti SABAR
Kalau tak...tidaklah ibu mencoret diari hati ibu dalam blog ni
Masih banyak yang ibu perlu pelajari..
Masih banyak yang perlu ibu hadapi
Tapi kisah yang ibu copy paste dari http://www.keruak.com ni
Sangat rapat dengan kehidupan ibu..
Hati sape yg tak tersentuh....lebih2 pasal anak2

Jom...bace!!

SABAR itu indah kerana ia adalah bunga-bunggaan dari keimanan kita yang sebenar. Harumannya adalah kepasrahan memandang baik terhadap segala keputusan disamping menyakini segala hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Kelopaknya diwarnai dengan ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa  melambang kan kepuasaan terhadap qada dan qadar.

"Dan jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu" Surah Ali-Imran ayat 120.

Seperti cerita seekor anak kerang yang menanggis lalu dia mendatangi ibunya: “Ibu... aduh!..sakitnya punggungku ditebuk dan dilukai oleh orang itu ” lalu si anak pun menghampiri ibunya. Dengan penuh kasih sayang sang ibu cuba menghiburkan anaknya: “bersabarlah wahai anak ku, sakit mu itu akan sembuh sebentar lagi, mari ibu usapkan punggungmu...”

Si anak pun terhibur dengan usapan lembut ibunya itu tetapi usapan itu sebenarnya  tidaklah menghilangkan rasa sakit di punggungnya namun hatinya terubat dengan kelembutan suara ibunya yang merdu.
(Tersentuh hati ibu....)

Hari berganti hari, tahun berganti tahun si anak masih lagi merasakan kesakitan itu di punggungnya namun si ibu tetap menyuruh anaknya bersabar. “bersabarlah wahai anakku..sebentar saja lagi rasa sakit itu akan hilang.....” begitulah seterusnya, lama kelamaan anak kerang itu terbiasa dengan  kesakitan di punggungnya itu.

Suatu saat bila dia sudah dewasa, benih mutiara yang disemai di dalam tubuhnya di keluarkan lalu diproses menjadi barang hiasan yang sangat mahal dan dijual di merata tempat di seluruh dunia.

Alangkah beruntungnya sang mutiara yang hidup di atas penderitaan anak kerang itu...tiba-tiba menjadi rebutan dan lambang kemewahan dan kemegahan bagi setiap wanita yang berada. 

Rasa sakit yang ditanggungnya selama ini terbayar bila dirinya dihargai, inilah ganjaran dari kesabaranya menanggung segala keperitan dan bukan semua anak kerang boleh melakukan pengorbanan yang begitu tinggi.

Sabar itu sesungguhnya indah....dengan kesabaran menepis segala fitnah, cacian, kedengkian orang yang cuba menjatuhkan maruah kita akan menaikan semangat untuk terus berusaha. Kadangkala rasa sakit itu luar biasa dan ada yang boleh menyebabkan kita berputus asa. Namun kita lihat ketabahan anak kerang itu tadi menjadi contoh bertapa ia sabar menahan kesakitan itu walaupun rasa sakitnya itu amat menghimpit kulitnya.
Sabar itu indah namun kita perlukan iman serta takwa terhadap Allah swt. Tanpa iman dan takwal kepada Allah swt amatlah sukar untuk kita menghadapi ujianya kerana ujian itu datang dalam berbagai bentuk. Ada yang mudah dan ada yang sukar. Namun semuanya menambahkan ilmu untuk kita mengenal dunia untuk mencari makna hidup yang sebenar....kata Allah:

“Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar....Mereka yang sabar itu akan diberi dua kali ganda pahala disebabkan kesabaran mereka....” (al-Qashash:54)

Sebenarnya tidak ada yang paling sukar di dalam dunia ini selain bersabar kerana  sabar itu merupakan satu kerja yang unik seperti menahan keinginan terhadap sesuatu ataupun apa saja yang kita ingini.

Sabar juga diperlukan jika kita ingin melakukan sesuatu yang sangat penting contohnya bila terjebak ke alam keputusasaan dan fikiran kita  sudah buntu. Kita perlu bersabar untuk menyelesaikan setiap masalah itu sehingga selesai.

Begitu juga jika seseorang itu ingin berdakwah dan ingin menyampaikan nasihat kepada seorang yang degil dan keras kepala. Ada di antara mereka tidak mahu menerima nasihat dan teguran, lalu berkata: “ Apa kau peduli? kubur kita lain-lain.....dosa tanggung sendiri..” Tapi mereka lupa yang memandikan jenazah mereka siapa ? menyembayangkan jenazah, membacakan Yassin...Siapa?....Orang lain bukan?

Nah! Ertinya sabar itu, perlukan hati dan jiwa yang kental untuk menghadapi segala ujian seperti ini. Kadang-kadang ianya menyakitkan hati dan boleh menyebabkan kita jadi marah.

Sabar juga akan membuatkan kita bahagia bila semua yang kita perjuangkan mencapai hasilnya. Kita tersenyum melihat pencapaian anak-anak contohnya, sehingga air mata mengalir bila teringat macamana kita mendidik mereka dengan sabar.

Sabar adalah cermin keperibadian seseorang, ianya melambangkan kekuatan jiwa menempuh semua masalah yang kita hadapi.Ada juga orang yang  membunuh diri  kerana ketidaksabaran. Hanya dengan bersabarlah kita boleh menempuhi semua kejayaan.

Sekian dulu buat kali ini, apa pun saya berpesan: “Dalam hidup ini jangan terlalu banyak  perhitungan dan kikir terhadap apa yang kita miliki sehingga menjadi insan yang tercela dan dijauhkan dari rahmat Allah swt.

Wassalam.

DRErom.

Wednesday, May 9, 2012

1.....2.....3......!!!

Kenape 1  2  3 ??
Errmmm....Alhamdulillah si manje ibu semakin petah menyebut 1  2  3
Comey setiap sebutan yg mia sebut
Sampai ibu n kakak pon kadang2 sebut benda yang same..

Kalau..dalam bahasa orang kampong...

1,  atu
2,  wer
3,  ger
4,  impat
5,  me
6,  nam
7, joh
8, apan
9,  yan
10,  yoh

Dalam bahasa orang puteh pulak..

1, one (betul)
2, two (betul)
3, yiii (ni yg kelakar)
4, four
5, (ibu kurang jelas...kadang2 betul....kadang kadang tak tau nak sebut macam mana)
6, cikss
7, aeven
8, eik
9, nine (betul)
10, ten (lagi jelas...sebab senang)

Haaaaa..anak manje ibu ni..
Selalu bagi ibu rindu dengan gelagat..telatah...mulut yg tak renti nak diam!!
Selalu bagi kakak jerit2 sebab berebut barang..nak main, nak soh buaikan...

Tapi dalam seminggu ni,
Damia tak bagi ibu dok jauh2..
Sebab dia akan cari ibu..dan nangis sampai teresak2
Aduhhhh!!!...sampai nak mandi (menjerit2 nak masuk n peluk ibu)
Nak shi-shi lagi susah...nak yak lagi susah...
Tak nau nape....si manje sekarang tak boleh duduk sorang
Nak kate takut....ibu tak rase mia takut sampai macam tu
Tok kate dia memerap...semakin tua semakin menjadi...hehehehe
Memang betullah...mia jerit nangis2 macam ada org dera dia..
Kakak pujuk pun dah tak hirau....siap bab-bab lagi adalah..
Memanglah anak manje ibu ni...

Kakak pulak dah 2 hari tak g sekolah agama..
Dengan alasan surat yg ibu bagi kat ustazah...
"Disebabkan masalah peribadi yg tak dapat dielakkan"
Semoga ustazah kakak fahamlah yer...

Lagi pun hari ni ibu ada kursussss microsoft...
Dua hari...semalam ngan hari ni....agak bosan...tapi boleh belajar!!

Semoga anak2 ibu terus berjaya dalam kehidupan
Semoga anak2 ibu jadi anak yg solehah
Semoga anak ibu kuat untuk menempuh alam dunia ni ngan ibu
Semoga anak ibu ada sabar dalam setiap perbuatanmu sayangssss..!!
Apa yang ibu, kakak, mia lalui adalah dugaan kecil yang ALLAH bagi
Sedih lagi....manusia kat dunia ni tak mengerti susah senang org lain!!
Janganlah nak tambah cerita, tambah luka, nak sakitkan hati ibu lagi!!
Sudahhhhh!!!! tak suka dengar!! tak nak dengar!!
Kita hidup kejap je....tumpang bumi ALLAH..

Sayang anak2 ibu...
Sayang sangat-sangat...


Wednesday, May 2, 2012

Antara SAYANG & MANJE..

Masih tak tertahan air mata ibu kali ni..
Susah sangat nak melupakan sesuatu perkara..
Sudahlah...SABAR itu ada tempatnya..
Biarlah semua berlalu...

Kali ni biar ibu coret dalam diari ibu
'SemuaSebabSayang'
Agar hilang rasa pilu...
Semoga manusia itu bahagia dengan kehidupannya
Ibu rasa bersyukur sangat2 dapat 'menyorok' dari diintai sesiapa
Hanya kakak n mia saje yg tahu sebak kat dada

Jadinya..
Nak coret2 lagi pasal si sayang n si manje ibu
Ibu coret pasal Si Sayang dulu yer...

Ibu sangat suka bila nama kakak dah tukar pada SAYANG
Kadang2...geli hati pun ada
Memang dah sedap dan cocok panggil nama SAYANG tu...
Bila ibu sebut je nama sayang..damia akan toleh pada kakak...
So...berjayalah SAYANG tu..
Sampai kakak pun panggil ibu... ibu sayang...
Hahahaha...sangat bangga bila org yg ibu sayang, panggil ibu sayang juge!!

Sekarang...ibu memang asyik berleter dengan kakak sayang...eheksss
Sampai kadang2 sampai ibu tangan2kan..masih belum habis sabar lagi
Tapi...kakak lately ni banyak menghabiskan masa dengan mangaler..(warna)
Tak akan jemu2 buat kerje rumah yg bukan dari sekolah (faham ke kakak)
Maksud ibu...buku kerja yg ibu beli..maklong beli..yg org2 lain bagi..
Kakak memang seronok kalau bukan buat keje sekolah
Ibu dapat rasakan...kakak dah jemu..sebab semua kerja sekolah tu dah selalu buat,
lebih2 lagi kat smart reader dulu...semua benda yg sama
Cuma yg sikit beza, sekarang kene buat kat rumah..kalau dulu buat kat sekolah
So...kakak jadi berat tangan nak buat benda2 tu...
Tapi kalau kerja yg bukan dari sekolah...cepat sangat buat.
Habis satu buku tak sampai sejam! Padahal benda yg same je..
Tak fahamlah ibu kadang2
Lagi...kakak sangat suka kaler...habis kaler kakak guna..dah sampai kontot!!
Tiap2 hari ingatkan ibu soh belikan kaler..nak yg faber caster atau stabilo punye pulak!!
Yang gemok batangnye...
Ermmm...sebab tu ibu buat tak layan je....tapi hari ni ibu macam nak belikan je..
Semoga kali ni tahan lama sket dari yg dulu...dulu pun faber caster jugak..
Hrrmmm..hrmmm...macam mane tu yer?
Tak pelah...kalau beli yg biaser...memang ok, tapi macam cepat patah je..jatuh je sket, gerenti bila asah....akan patah...
Tapi beli jugak....ade yg elok..ada yg sangat2 tak elok!

Si manje pulak..
Dah semakin ligat bermain...
Dah semakin petah bercakap..
Dah semakin kuat berlari....cam tak ade brek!!
Dah semakin nak makan...tapi bukan nasik..sekutunya..
Dah semakin kerap ke toilet nak basuh angan, nak mandi, nak gosok yiyi..(gigi)
Patutlah damia kerap yakkk...cirit birit!
Tok kate...nak boleh cakap lagi ni...

Sekarang ibu bagi damia mamam scott emulsion...perisa owennn..
Sedap!!..kakak pun same..minum
Dah lame start...sebab damia sekarang dah makan macam2 sangat
Kotlah..kalau boleh protek ape2 yg patut...ada banyak vitamin kan..
Makan pon dah pandai guna sudu...bagus2..sebab abahlah ni yg soh guna sudu!
Penat jugaklah mula2 nak bagi dia pakai...tapi lame2 kakak yg banyak ajar..
Tunduk bukan main lagi...sampai rambut terkene makanan...
Pantang bawak pinggan...mesti nak pinggan mickey mouse yg mia punya..
La ni asyik nak minum dengan botol air mineral....pelikkan??
Tapi tulah damia...kalau ada air mineral kat umah...dialah yg nak minum dulu..
Mula2 ibu takut tersedak...tapi la ni tak lagi risau...cuma air dalam tu tak boleh penuh
Kene ibu minum tinggalkan separuh...baru bleh bagi kat mia..

Seronok bercerita pasal anak2 ibu...Tapi gambar tak ade...
Hilang rasa pilu yg terhiris kat hati..

Dan...sedih..kamera tak ade....
Nak beli kamera....tapi tunggu duit kutu...tak pon tunggu bagi cukup onkosnye...
Susah jugak tak ade kamera....tak boleh rekod video2 tuk dikenang2
Mahal tau kenganan masa kecik2 ni..
Nanti bila kakak n mia besar...dah tak beshhh...
Sekaranglah waktunya tuk tengok anak2 ibu membesar depan mata..
Kenangan sekaranglah yang sangat berharga buat ibu!
Insyaallah...akan ade kamera baru nanti...
K..sayang2 ibu..rindu bila sebut je nama sayang n manje..
Miss u...