Si manje ibu dah sihat sket..
Masa demam panas hari tu 4 hari tak makan...
Sebagai seorang ibu...luluh hati tengok anak sendiri macam tu
Bayangkanlah...mia tak mahu duduk...nak baring aje
Bila celik je mata....dah nak lelap pulak!
Macam mana ibu tak risau...dahlah abah tak ade...
Sib tok ade...kalau tak...seminggulah ibu EL
Tok n 'geng'lah yang menjaga mia masa ibu keje...
TQ mak...sayang mak!!
Dah seminggu berlalu...
Sekarang mia tidaklah begitu sihat sangat..
Cuma baik dari demam panas yang sangat sangat tu..
Cucume...n batuk masih lagi tak hilang
Yang terharunya...kakak banyak tolong ibu jaga mia kat umah...
Semenjak demam ni..mia tak nak langsung dengan abah...
Dengan ibu pun...kalau kat umah tok...tak dilayannya sangat
Kecuali kat umah.....ibu jelah mulutnya...sampaikan abah nak bawak gi kedai pon...tak nak
Tapi siap pakai kasut.....bila nak bawak keluar....nak ibu!
Hampeh!!
Alhamdulillah...syukor sangat2 mia dah sihat...
Berat badan janganlah cakapppp....susuttttt!!!!
Angkat mia macam angkat belon....siriusss....beza dengan sebelum ni
Sekarang ni ibu tengah melayan mia makan...
Ibu g pasa malam...kat pasar malam tu taklah jual macam2 sangat...
Ibu belikan buah tuk mia tambahkan vitamin2 yang terkurang
Mia tak berapa nak makan yg pelik2...kecuali jagung rebusss..
Makanlah sikit walaupun tak habis seperdu...
Seronoklah tengok mia makan....yang pada dasarnya taklah membuatkan mia kenyang
Kakak pulak...same je...tak berapa nak makan
Lagi2 sekarang cuti sekolah...asyik main jelah dengan kawan seblock dengan umah tok
Selagi tak panggil sruruh masuk...tak masuk!
Badan dah jadi kurus rempeng....cerewet jugak bab2 makan ni..
Kalau tak masak lauk kegemaran....jangan haraplah nak makan...
Ibu berdoa agar anak2 ibu diberi kesihatan yang sangat2 baik
Dijauhkan dari segala penyakit dan bencana
Dilindungi dari perkara2 yang tak diingini
Semoga hidup kite sekeluarga mendapat keredhaan dan keberkatan!
Aminnn...
Jom amalkan doa ni sayang-sayang ibu...
DOA AGAR DIKURNIAKAN KEAMPUNAN, HIDAYAH, REZEKI DAN KESELAMATAN
اللهُمَّ اغْفِرْلِي، واهْدِنـِي، وَارْزُقْنِي، وَ عَافِنـِي، أَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ ضِيقِ الْمَقَامِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: "Ya Allah , ampunilah aku, berilah hidayah padaku, anugerahkanlah aku dengan rezki, berilah afiat kepadaku, aku mohon perlindunganMu dari kesempitan tempat berdiri di hari akhirat kelak.
DOA MENGUBAT DEMAM PANAS
مِ اللـًّهِ الْكِبـيْرِ ، نَعُوذُ باللَّـهِ الْعَظِيـْمِ مِنْ شَرِّ عِرقٍ نَعَّارٍ وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّـارِ
Maksudnya : “Dengan nama Allah yang maha Besar, kami memohon perlindungan dengan Allah yang Maha Agung dari kejahatan urat dan kejahatan kepanasan api ” .
Keterangan & Petua Beramal
Menurut al-Imam Al-Zahabi, Ibn Abbas r.huma berkata bahawa Nabi s.a.w mengajar doa ini agar dibacakan bila ditimpa demam panas.
Menurut sebuah hadith yang dikemukakan dalam sahih Al-Bukhari dan Muslim, Asma` r.ha telah menuangkan air kepada seorang perempuan yang ditimpa demam.Beliau telah mengatakan bahawa Nabi s.a.w telah bersabda : “ Sejukkanlah dia dengan air”.

DOA BUAT MENGUBATI PERASAAN DUKA ATAU STRESS
اللهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ ، وَ ابْنُ عَبْدِكَ ، وَ وَ ابْنُ أَمَتِكَ ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ اْلغَيْبِ عِنْدَكَ ، أنْ تَجْعَلَ القُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي،وَ نُوْرَ صَدْرِي ، وَجَلاءَ حُزْنِي ، وَذَهَابَ هَمِّي
Maksudnya : “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan) . Ubun-ubunku dalam gengamanMu, hukumanMu berlalu kepadaku, Qada’ ( keputusan ) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku , cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku”.
Petua Beramal
Sesiapa ditimpa perasaan sedih dan duka , maka hendaklah dia berdoa dengan apa yang dianjurkan oleh Nabi saw ini . Tatkala Nabi saw selesai mengajar doa ini , seorang sahabat bertanya kepada baginda saw : Wahai RasululLah , orang yang lemah adalah orang yang meninggalkan doa ini ? Jawab baginda saw Ya ! sebab itu bacalah olehmu doa ini dan ajarkanlah ia . Sesiapa yang yang membacanya menurut apa yang tersebut itu nescaya Allah swt akan menghilangkan dukacitanya dan memanjangkan perasaan senangnya .

DOA APABILA MERASA SAKIT YANG AMAT SANGAT
ربَّنا الَّذِي فِي السَّمَاءِ ، تَـقَدَّسَ اسْمُكَ ، أَمْرُكَ فِي السَّماءِ وَالأَرْضِ ، وَاغْفِرْ لَنَـا حُوبَنَا وَخَطَايَانَا ، أَنْتَ رَبُّ الطَّيِّـبِينَ فَـأَنـْزِلْ شِفَاءً مِنْ شِفَائِكَ ، وَرَحْمَةً مِنْ رَحْمَتِكَ عَلَى هَذَا الْوَجَعِ فَيَبْرَأُ.
Maksudnya :" Tuhan kami di langit yang Maha suci namaNya, urusanMu di langit dan bumi,sebagaimana rahmatMu langit, maka jadikanlah ia juga di bumi, dan ampunkanlah kami dosa-dosa dan kesalahan kami,Engkaulah Tuhan kepada mereka yang baik, maka turunkanlah penawar dari penawarMu, dan rahmat dari rahmatMu ke atas penyakit ini nescay ia sembuih” .
Keterangan & Petua Beramal
Dari Abu Darda` r.a, sesungguhnya dia pernah didatangi seorang lelaki yang mengadu tentang ayahnya yang ditimpa masalah tertahan kencing dan batu karang.AbuDarda` r.a telah mengajarnya agar membaca doa ini yang dipelajarinya dari Nabi s.a.w.Apabila sahabat itu membacanya kepada ayahnya, maka penyakit itu sembuh dengan izin Allah s.w.t
Aminnnn....

No comments:
Post a Comment