Tuesday, July 24, 2012

KESUCIAN BULAN RAMADHAN.....

Alhamdulillah...
Datangnya bulan RAMADHAN
Bulan yang penuh dengan KEBERKATAN...
Bukan ibu sorang je yang tunggu bulan mulia ni
Bulan ni lah yang sangat2 dinantikan oleh umat ISLAM...

Terima kasih Ya Allah
Sebab bagi hambamu yang daif ni peluang untuk berpuasa di bulan yang mulia ini
Shahdunya....
Yang buat ibu rasa terharu lagi....anak ibu, kakak pon berpuasa lagi kali ni
Semoga Allah memberkati puasa n amal ibadah kite...Insyaallah

Bila ibu dengar je kakak kate
'Ibu piqah nak sahur tau, kejutkan piqah nanti'
Ibu memang betul2 nak kejutkan kakak makan sahur hari2 tahun ni
Tapi.....hajat tak kesampaian, sahur yang pertama kali ibu tertido sudahhh....
Kesiannnn!!!! 
Kakak sempat minum seteguk air je, sebab dah nak azan subuh
Sambil minum, kakak kate..
'Ibu..piqah nak makan sahur...'
Aduhhh...nak menitik air mata sebab salah ibu tak bangun
Ibu tetido mati....tak taulah nape tetido sampai macam tu sekali
Tapi, kakak kuat, puase tahan sampai tibe waktu tuk berbuka
Alhamdulillah....
Itu baru kisah 3 hari pertama berpuase..
Esok2 dengar pulak cerita kakak yang menarik...
Kadang2 kelakar pulak bila menempuh hari-hari berpuase ni
Kakak bila setengah jam nak berbuka, waaaaaa....waaaaaa...gaduh lapaqq!
Jenuh nak pujuk2...sebab hidangan2 dah siap masak!
Heheheheee...tak tahanlah katakan

Si manje mia pulak, sebuk kehulu hilir bawak itu ini
Dan-dan tulah nak makan, tak sabo2
Bagi mia, bila hidang je, terus masuk mulut!!
Kelakar lah anak ibu sorang ni

Tahun ni ibu berazam nak g solat terawikh
Nak g sangat-sangat...sebab dah lame tak berterawikh
Walaupun sekali g sane, tapi kalau berpeluang nak g lah sekerap yang mungkin
Ibu tak boleh nak pergi sangat waktu sekolah ni, kesian kakak, kakak nak ikut
Bukan tak bagi kakak pergi, balik dari sekolah, n lepas berbuka, dah tersenggok2 ngantok
Belum buat keje sekolah lagi
Mak lang tak boleh kacau, sebab buat kuih
Mak su sekarang dah kerja
Tapi kakak lagi hebat, dah pergi 3 kali dah...
Ibu je baru g sekali....seronok betul dapat berterawikh dengan tok n anak ibu sekali
Abah keje....

Oklah...nak letak satu entry ni dari blog saudara kite
Jangan tak baca tu...
Salah satu entry yang sangat bagus untuk ibu n umat2 kecik ibu belajar lagi
Jom baca...

Bulan Ramadhan

Sejarah Ramadhan

1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin
    dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan dinaungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia
    terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
    - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
    - juga doa pada sepertiga malam.
11) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
12) hari pertengahan – pengampunan,
13) hari terakhir – kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya
    dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur – utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan
    pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak
bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

1) Kepada Orang Tua Lemah    Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di
    masjid/surau,ini sudah dikira beramal Al Qadar

2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang

- Baca ayat akhir surah Al Baqarah
- Baca ayat Kursi
- Baca surah Yaasin
- Baca surah Al Zalazah
- Baca surah Al Qafirun
- Baca surah Al Ikhlas

3) Bagi orang yang kuat dan cergas

- Bangunkan isteri dan anak
- Mandi
- Solat malam – Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan
   baca Al Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )

- Tarikh turunnya Al Quran
- Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik


No comments:

Post a Comment