Dah nak habis Ramadhan, baru nak letak gambar dalam blog buruk ni
Bukan ape, sepanjang Ramadhan ibu sangat sibuk, mengantuk
Langsung tak boleh letak kepala, mesti lelap!! Kompommmm..
Kalau pose2 ni, memang terlelioq ayaq lioq kalau g beli makanan
Ibu pon tak pernah tak beli, mesti beli lauk satu dua untuk tambahan
Tapi.........................
Tak pernah habis, buang lagi kalau tak habis adelah
Sayang duit ibu kan?
Errm...susah jadi org macam ibu ni, mudah sangat terpengaruh
Padahal, hari2 ibu balik masak ngan tok
Ha...yg tu tak pernah buang...habis n tak cukup2
So...ini antara menu yg ibu n tok buat...
Tok memang kalau berbuka, tak jamah nasi
Dan mesti ade menu lain, kuih atau pape selain nasi...
Dah banyak kali dalam pose ni ibu buat bihun sedap ni...
Kali ni nak bagi resepilah...asyik bagi soh tengok gambar je...
Bihun Goreng
Dah siap tuk berhidang, saje letak dalam bekas ni sebab nanti kalau tak habis, ambik tutup n tutup, tak perlu tudung2 saji.
Sedap kan? memang sedap sangat2....walau pun pose, rase tak lari...cukup garamnya...
ibu kan pro....hehehehehe...sume tok yg ajar...
saje nak soh tengok dokat-dokat...biar otg yg tengok ni terkelioq nak makan, kalau dah sampai mcam tu, mesti dia akan cuba buat...hehehehehe
Bahan-bahannya :-
Bihun secukupnya, direndam 2 jam atau lebih
Bawang merah - hiris
Bawang putih 1/2 labu - tumbuk kasar (mesti tumbuk)
Cili blender 1-2 senduk, kalau nak pedas n merah lebihkan
daging - direbus
udang
sotong
tauhu - digoreng dan dipotong
fishcake - digoreng dan dipotong
fishball - digoreng dan dipotong
taugeh
daun kucai
garam n serbuk perasa
gula
minyak 1 cawan kalau 1 peket bihun
sos cili 6 sudu
3-4 sudu cuka - kalau suka, ibu mesti buboh kalau nak makan sendiri, sedap sangat
cili merah
daun sup
daun bawang
Cara-caranya :-
Panaskan minyak, tumis bawang besar n bawang putih
Masukkan cili blen, masak sampai naik minyak
Masukan lauk2 mentah dan bila dah masak masukkan lauk yg digoreng tadi
masukkan garam, gula n serbuk perasa, rasakan (puase tak bolehlah yer) + sos
Biar kejap, dan masukkan bihun
gaul rata dan biarkan bihun lembut, selalu balik2kan
bila bihun dah sebati, masukkan kucai, taugeh n cuka tadi
Kacau betul2 dan sekali lagi rasa cukup ke tak garam
Kacau 7-8 minit, dah boleh angkat
Jangan sampai taugeh n kucai layu sangat, kalau tak, tak sedap!
Pastu bolehlah tabur daun bawang, daun sup n cili merah kat atas bihun tadi.
Sememangnya sangat sedap lagi sihat....hahahaha....
Memang the bestlah ibu masak......
Nanti ibu bagi lagi resepi menu yg lain yer sayang
Boiiii.....nak sembahyang...
Selamat mencuba,
jangan kedekut nak beli bahan2 mentah tuk cuba menu ni, kalau tak, memang tak sedap macam ni....
No comments:
Post a Comment