Monday, October 15, 2012

Peperiksaan Akhir Tahun Kakak...

Alhamdulillah...
Pertamanya nak ucap terima kasih pada Dia
Sebab kabulkan doa ibu suapaya tak nak Kakak demam or ape2
Terima kasih pada Dia juga sebab bagi ibu tenang hati sikit...
Walaupun dasarnya sangat bergelora!!

Ibu doakan kakak berjaya dunia akhirat..
Tak nak push sangat sebab kakak too young!!
Ingat..bukan no. yg ibu nak (kakak kate kalau dapat no. 1-3)
Nak mintak ibu belikan i-pad
Kalau tak dapat, ibu kate, tak adelah i-pad
Sebenarnya satu cara nak suruh kakak belajar...jgn terlalu banyak main..
Kalau tak dapat no 1-3 pun kemungkinan besar akan ibu usahakan juga!
Insayaallah...

Bukan ape, bila dipikirkan, memang usia semuda kakak tak layak nak pegang benda tu
Tapi 'desakan' zaman kali ini lain dari ibu yg dolu2..
Dulu2 tergoleklah macam mane pun, dah kate tak dapat....tak dapatlah jawabnya
Sekarang ni, kalau kata tak boleh, tak sampai hati sebab persekitaran sangat mempengaruhi
Lebih2 lagi kat KL lah katakan...ibu pun tingin juge sebenarnya

Lagi...kene buat perjanjian dengan ibu lepas ni jika diizinkan ada benda tu..
Kene...sebab tak nak 24jam dok asyik pegang binatang tu je....
Kot...kalau dengar kate!!

Ermmm....berbalik pada exam kakak..
Baru mula hari ni, serentak sekolah agama n kebangsaan
Akan berakhir pada jumaat nanti..

Hari ni bermula dengan pendidikan seni visual,
Dari minggu lepas dok try buat lukisan kakak
"capan sayur bendi"
Siap ibu belikan sayur bendi berpuluh2...
N ajarkan kakak prektis...supaya tak gugup nak buat 'live' masa exam nanti
Alhamdulillah....gambar disediakan n kenelah buat coraknya
Ibu ajar 2-3 kali, letih jugalah nak soh hasilkan capan yg cantik...
Bagus juga...tajuk dah bagi seminggu sebelum exam...soh preparelah kan..
Pas pend.seni, agama, n seterusnya ejaan bahasa malaysia...
Dah buat ulangkaji juga, harap masa exam nanti tak ada yg salah..
Kat umah 100% betul...tapi kalau dah gugup masa exam, tak taulah..
Yakin boleh je kakak!! yg lain berserah kat Dia..Insyaallah...
Esok...jadual tak berapa ingat...padahal tiap2 hari ibu tengok..

Ok,ok..
Semoga semua ilmu yg kakak perolehi kali ni, dapat kakak manfaatkan sepenuhnya
Kalau belajar sendiri tapi masa exam tak ingat, tak menjadi pulakkan?
Banyakkan doa lagi supaya diberkatkan ilmu yg semua teacher kakak curahkan
Ibu pun berdoa kakak berjaya dalam exam akhir tahun nanti...
Sebelum tu, terima kasih pada ustazah2 n teacher2 kakak sekarang
Kerana tak jemu2 ajar anak2 kami 'ilmu' yg sangat berguna
Semoga anak2 kami mendapat ilmu yang 'ikhlas' dari cikgu2 semua
Insyaallah...amin..

Kali ni, suasana sangat tenang....memang tenang bila tak ada manusia itu!!


No comments:

Post a Comment