Monday, October 29, 2012

Peperiksaan Kakak dah berakhir...

Alhamdulillah...
Sume berjalan lancar masa kakak ambil exam..
Walaupun kakak masa tu cirit birit yg 'kritikal'..
Kakak gagahkan jugak!!
Alhamdulillah...

Errmm.....ibu dah dapat banyak juga markah2 exam kakak..
Sikit kecewa sebab kakak banyak buat missssstake
Salah yg macam 'tak baca betul2'...
Ni sebab nak cepatkan??
Takpelah, masih jadi umat kecik kat sekolah tu..
Baru darjah satu...
Sume ni kan ketentuan Allah..
Yang penting, kakak tau apa itu PEPERIKSAAN..
Kalau ade lagi benda tu...buatlah dengan bersungguh2..
Bukan main2...
Cumanya ibu tetap kene beli satu 'barang' kakak..
i-PAD...tolonglah...kalau dapat no. satulah kan?
Hehehehehe...

Ermm...kompare daripada markah2 exam yg pertengahan tahun lalu..
Nampak lagi menurun...sebab soalan2 tahun ni macam susah sikit...
Sebab tu kot..kakak tak nak 'membaca' soalan tu..
Atau memang kakak betul2 tak tahu...n yakin jawapan kakak memang betul..
Padahal jawapan tu salah...
Bila ibu tanya kenapa jawab macam ni, kakak kata
'hehehehehe....tak tahulah'
Itulah jawapannya....
Tak tahulah....ibu risau jugak sebab kalau markah kakak rendah..
Kakak mungkin atau tak akan ditukarkan ke kelas lain tahun depan
InsyaAllah.....ibu berharap semuanya akan okkey!!

Arrr.....dah lama tak update cite 'baby' ibu yg sorang lagi
Sekarang baby tecik ibu makin garang....tak boleh nak tegur langsung..
Melebekk kejenye....tegur je sikit, dah bergenang air mata...terjurai2lah..
Kalau si baby ada buat salah, jgn ditegur kasar....nanti ibu pulak yg bergenang air mata tengok tangisan baby yg sangat menyayat hati...kelakar pun ade..
Mana taknya, air mata halus dia tup tup tup tup jatuh ke pipi....makin dikesat, makin dia sebeq (gulung bibir)
Jadinya, sekarang dia seorang baby yang sangatlah manje
Tapi kalau betul salah dia, dia akan diam bila ibu marah, sambil bijik mata dia yg bergenang air mata tu, pandang ke bawah....takut sangatlah tu..

Si baby tu rapat sangat sangat sangat dengan kakaknya...
Garang pun ye....jangan cakaplah...
Sikit sikit...ishhhh..kakak nie..nya unyer (mia punya)
Percakapannya walaupun tak reti nak sebut betul, tapi ibu dah faham walau dengar hujung2.
Kadang2 terlampau fasih sangat....
Itulah dia DAMIA AFRINA..bermaksud, yang berpengetahuan, dan kemerah2merahan (ada satu ibu terlupa)
Kalau DAYANA AFIQAH, sama maksudnya, yg berpengetahuan, yang gagah perkasa...
Samekan lebih kurang nama2 anak2 ibu, kebetulan nak huruf D dan A..
Kalau boy ingat nak letak ADAM, tapi dapat gurl jugak yg second...tak jadilah ADAM tu...
Yg ketiga....kalau ade rezeki boy, nak letak A dan D..terbalik, kalau gurl...nak jugak cari D dan A
Hahahaha..berangan tak sudah....buat masa sekarang, takkan lagi, bukan nak tolak rezeki
Tapi biarlah rahsia, tapi kalau betul ada rezeki, terima sangat2
Kenapalah ibu melalut sangat2 ni...
Tak pernah pun ibu plan nak no. 3 lagi..

Kakak, aunty imot, mak aleeya nak dapat baby lagi..
Seronoknya imot, tahniah dari kami yer....
Aunty ekin, dengar2 nak jugak yer....cuba lagi....sampai dapat! Insayaallah...

Ok2....
Esok ibu akan g sekolah kakak....ambik repot kad..
Semoga Allah permudahkan semuanya
Semoga dapat happy niusss....
InsyaAllah...






Monday, October 15, 2012

Peperiksaan Akhir Tahun Kakak...

Alhamdulillah...
Pertamanya nak ucap terima kasih pada Dia
Sebab kabulkan doa ibu suapaya tak nak Kakak demam or ape2
Terima kasih pada Dia juga sebab bagi ibu tenang hati sikit...
Walaupun dasarnya sangat bergelora!!

Ibu doakan kakak berjaya dunia akhirat..
Tak nak push sangat sebab kakak too young!!
Ingat..bukan no. yg ibu nak (kakak kate kalau dapat no. 1-3)
Nak mintak ibu belikan i-pad
Kalau tak dapat, ibu kate, tak adelah i-pad
Sebenarnya satu cara nak suruh kakak belajar...jgn terlalu banyak main..
Kalau tak dapat no 1-3 pun kemungkinan besar akan ibu usahakan juga!
Insayaallah...

Bukan ape, bila dipikirkan, memang usia semuda kakak tak layak nak pegang benda tu
Tapi 'desakan' zaman kali ini lain dari ibu yg dolu2..
Dulu2 tergoleklah macam mane pun, dah kate tak dapat....tak dapatlah jawabnya
Sekarang ni, kalau kata tak boleh, tak sampai hati sebab persekitaran sangat mempengaruhi
Lebih2 lagi kat KL lah katakan...ibu pun tingin juge sebenarnya

Lagi...kene buat perjanjian dengan ibu lepas ni jika diizinkan ada benda tu..
Kene...sebab tak nak 24jam dok asyik pegang binatang tu je....
Kot...kalau dengar kate!!

Ermmm....berbalik pada exam kakak..
Baru mula hari ni, serentak sekolah agama n kebangsaan
Akan berakhir pada jumaat nanti..

Hari ni bermula dengan pendidikan seni visual,
Dari minggu lepas dok try buat lukisan kakak
"capan sayur bendi"
Siap ibu belikan sayur bendi berpuluh2...
N ajarkan kakak prektis...supaya tak gugup nak buat 'live' masa exam nanti
Alhamdulillah....gambar disediakan n kenelah buat coraknya
Ibu ajar 2-3 kali, letih jugalah nak soh hasilkan capan yg cantik...
Bagus juga...tajuk dah bagi seminggu sebelum exam...soh preparelah kan..
Pas pend.seni, agama, n seterusnya ejaan bahasa malaysia...
Dah buat ulangkaji juga, harap masa exam nanti tak ada yg salah..
Kat umah 100% betul...tapi kalau dah gugup masa exam, tak taulah..
Yakin boleh je kakak!! yg lain berserah kat Dia..Insyaallah...
Esok...jadual tak berapa ingat...padahal tiap2 hari ibu tengok..

Ok,ok..
Semoga semua ilmu yg kakak perolehi kali ni, dapat kakak manfaatkan sepenuhnya
Kalau belajar sendiri tapi masa exam tak ingat, tak menjadi pulakkan?
Banyakkan doa lagi supaya diberkatkan ilmu yg semua teacher kakak curahkan
Ibu pun berdoa kakak berjaya dalam exam akhir tahun nanti...
Sebelum tu, terima kasih pada ustazah2 n teacher2 kakak sekarang
Kerana tak jemu2 ajar anak2 kami 'ilmu' yg sangat berguna
Semoga anak2 kami mendapat ilmu yang 'ikhlas' dari cikgu2 semua
Insyaallah...amin..

Kali ni, suasana sangat tenang....memang tenang bila tak ada manusia itu!!


Wednesday, October 10, 2012

Semangat bace ke ape ni....

Owwhh...
Ni keje bila ibu jadi 'burung hantu'....
Org len dok sebok buat keje...ibu sebok 'tido'...sib lum 'pejam bijik mata ni'
Ngantok sangat2...
Tolonggggg!!! ditambah pulak dengan hati yang sangat tak sedap dari pagi tadi
Tak tahulah kenapa....Ya Allah...
Jauhkanlah aku dari perkara2 yg tak diingini..(aminnn)

Lemas perut dengan kakak yg akan menghadapi peperiksaan Akhir tahun ni..
Minggu depan je...
Semoga Allah melapangkan dada dan menerangkan hati kakak bila menjawab soalan-soalan tu nanti
Aminnn...doa ibu selalu buat kakak n mia tak pernah PADAM!!

Dalam otak ibu ni selalu ingat soalan peperiksaan kakak yg had pendidikan seni tu..
Macam2 soalan yg 'agak susah' tuk kakak buat..
So...las2 ibu soh kakak buat satu soalan 'senang'...tak payah nak pikiaq apa!
(Awat loghat kedah tekeluaq ni)
Errmmm...mungkin lama kot ibu tak cakap kedah.....tapi cakap apa kat ghumah..
Hahahahaha...peleq lah..

Dalam dok belek internet...tiba2 terpikiaq nak cari satu info tuk anak2..
lebih2 lagi kakak dah besaq panjang....n mia pun la-ni dok ikut kakak punya peghangai (eja betoi dak ni)
Dapat pon satu info yg sangat berguna ni...
Nak kongsilah dengan makcik2 piqah n mia yg rajin bukak blog ibu yg cute ni...
Jom--skroll tangan kebawah...

Ibu ambik dari blog http://damyakaudihatiku.blogspot.com tq yer tuan punya blog...
Saye nak juga berkongsi idea n ambik maklumat yg berguna dari blog awak...
Memang ternyata semua maklumat termasuk kata2nya sangat memberi manfaat untuk saya!
TQ yer...

Eh..eh..jom baca yer makcik2 piqah n mia..


20 Tip Mendidik Anak Cemerlang

Berikut adalah tips oleh Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya. Bagi yang belum ada anak, atau dalam proses untuk mengadakan anak, masih jugak boleh baca …

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik
bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Dalam Islam pun sangat digalakkan kita beri nama yang elok untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari
ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk anak kita setiap hari, dia akan tahu serta dapat merasa yang kita sayangkan dia. Dia tahu kita akan jadi penyokong dia yang paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi janganlah buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak tuh. Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Jangan harapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Bila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga
Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi janganlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Dalam usaha mendidik anak-anak, janganlah mengeluh
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda
kerana cerita itu mungkin tak akan dapat anda dengari lagi pada masa2 akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya
ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri
mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jangan cepat gabra.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya
sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Ajar & didik lah mereka, walaupun berulang kali
ada sesetengah budak kena banyak kali ajar dan tegur, baru dia faham. Elakkan daripada memarahi mereka, sebab kalau marah nanti terbantut pulak proses pembelajaran dia.

13. Luangkan masa bersama anak anda di luar rumah
peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak
mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka, maka kita jadilah pendengar setia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda
mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam
biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah hakikat yang kadangkala kita bukanlah ibubapa yang sempurna
ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata abah ni garangla.. tu sebenarnya dia menegur. So, ubahlah. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. Nanti mereka merasa rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah
anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka
tetapi kadangkala cuma untuk “sound effect”nya sahaja, bukan ada apa2 pun. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo… seram, tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh diri dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua nanti.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda
hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita. Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati di dunia dan akhirat kelak. InsyaAllah. “Wahai Tuhan ku, aku tak layak ke Syurga Mu …namun tak pula aku sanggup ke Neraka Mu…. kami lah hamba yang mengharap belas dari Mu … ” “Ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa…. ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, serta dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah mati”

Dah bace?
Kalau sudi, baca dua tiga kali....
Ibu baca 3 kali....
Macam mane? Berguna tak ilmu kat atas ni...ade yg terase ke...
Sangat bergunakan? kate2nya sangat mengajar kite...
Gunakan atau rujuk info ni kalau perlu..
Tabek kalau ada yang folow kate2 diatas tuk ajar anak diorang...
Sebenarnya info macam ni bagi semangat n motivasi kat ibu supaya sentiasa beringat..
Memang bukan senang ibu nak ikut...tapi ibu cuba jadi yang terbaik
Dan....yang paling terbaik...selalu berdoa pada Dia supaya jadi umatnya yang TERBAIK
Doa tu sangat penting....
Doa ibu yang paling tak putus2 ialah...
Ibu selalu doakan anak2 ibu selalu berada dekat dengan ibu...
Dekat dalam hati ibu...ibu tak nak berpisah dengan anak2 ibu...
Tiba2...air mata bergenang!! (T_T) 
Kakak n Mia....I LOve U  so much...lebih dari segala2nya...
Papppppp!!! tutup stori tuk kali ni...


Friday, October 5, 2012

I LOVE U...


"Yes, I love Allah. Allah is my fountain of Life and My Savior. Allah keeps me going day and night. Without
Allah, I am no one. But with Allah, I can do everything. Allah is my strength."



Monday, October 1, 2012

Kita Menangis....

Kenapa?
Jom kite baca artikel ni..
Kadang2...memang kita manusia diuji dengan UJIAN...
Jom baca....skrolll mouse tu ke bawah yer...
Jangan segan2..

Petikan dari Artikel iluvislam.com

Kita menangis kepenatan. Penat rupanya alam rumahtangga ni - ke sana ke mari menjaga kebajikan suami dan anak. Bekerja di luar penat. Bekerja di rumah juga penat.

Kita menangis berjauhan. Setelah halal dalam pernikahan, berjauhan pula. Kerana tuntutan kerja. Atau belajar.

Kita menangis tidak cukup wang. Terpaksa berhutang. Tidak mampu bergembira macam pasangan lain. Makan minum malah bercatu. Terpaksa duduk rumah saja tidak cukup duit untuk petrol.

Kita menangis kerana ujian mertua dan ipar duai yang menarik banyak privasi rumahtangga. Kita menangis tersepit antara keluarga sendiri dan keluarga pasangan.

Kita menangis kerana pasangan atau anak-anak diuji sakit kronik yang menuntut seribu satu pengorbanan.

Antara banyak-banyak ujian ini, jangan lupa berhati-hati dengan ujian keimanan.

Musibah terbesar sebuah perkahwinan adalah apabila pasangan semakin jauh dari hubungan dengan tuhan. Solat diabaikan. Akhlak dengan Allah tidak dititikberatkan.

Musibah terbesar sebuah perkahwinan adalah apabila islam hanya pada nama dan kad pengenalan. Bukan pada rutin dan tujuan hidup seharian. Sedangkan islam is a way of life.

Musibah terbesar sebuah perkahwinanan adalah apabila amalan-amalan syirik dan khurafat menjadi pilihan. Percaya pada tangkal untuk memujuk anak menangis, atau ramuan bomoh menundukkan suami.

Musibah terbesar sebuah perkahwinan adalah apabila pasangan tahu akan kewajipan menuruti Sunnah dan Quran, tapi terus selesa dalam kejahilan dan kelalaian. Solat dilalaikan, pergaulan tanpa batasan, tiada peruntukan masa dan kewangan untuk mencari ilmu agama, aurat didedahkan besar-besaran, tidak amanah dalam pekerjaan.

Musibah terbesar sebuah perkahwinan ialah apabila suami isteri fokus membeli rumah besar dan kereta besar namun rumah itu seperti kuburan kerana jauh dari tilawah dan tadabbur Al Quran.

Bila rumahtangga diberi ujian kesenangan, adakah rasa bersyukur? Adakah kesenangan menambah ketaatan?

Bila seorang isteri dan ibu kurang ilmu kurang iman, nescaya akan mencipta musibah yang besar untuk generasi mendatang. Menyiapkan pakaian dan makan minum anak-anak, mengambil menghantar anak ke alam persekolahan. Apakah pemberian kita untuk menyiapkan jiwa anak itu melalui kehidupan dengan bertuhan? Anak-anak amat bijak mengukur kehebatan dirinya dengan peperiksaan, adakah mereka tahu mengukur nilai diri menurut Al Quran?
(Terasanye.....huhuhuhuhu..) Insyaallah....

Musibah besar jika anak-anak kita tidak tahu hubungannya dengan tuhan, tidak tahu apakah ertinya hakikat kehidupan. Solat ditinggalkan, ibu bapa dibiarkan. 
(kakak n mia....baca ni banyak kali)

Ada suami dan anak-anak yang baik, adakah makin kenal dan cinta pada Allah? Atau sekadar kenal kemahuan suami dan anak-anak? Atau sekadar mengingati tanggungjawab kepada suami dan anak tanpa mengetahui tanggungjawab sebagai hamba Allah.

Sesungguhnya islam bukan sekadar adat kebiasaan. AL-Quran bukan sekadar menjadi pelengkap dulang hantaran. Bukan sekadar tersimpan tinggi di almari perhiasan.

Ayuh selamatkan diri dari musibah. Jalinkan hubungan dengan tuhan yang semakin ditinggalkan. Bina keutuhan diri dan famili dengan Al-Quran dan As Sunnah. Kenalkan diri kepada petunjuk Allah dan Rasul yang membawa kebahagiaan.

** (^_*) peringatan buat ibu sendiri....n kepada puteri2 yang tersayang!! (*_^) **