Wednesday, March 30, 2011

Satu kisah utk renungan....

Satu kisah utk renungan....
Kisah ini tak ada kena mengena dgn yg hidup atau mati.  Seorang bapa pulang ke rumah dlm keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yg berusia 7 tahun dimuka pintu. 

Anak: Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?
Ayah: "Ya...nak tanya apa?"
Anak: "Berapa pendapatan ayah sejam?"
Ayah: "Itu bukan urusan kamu, buat apa nak sibuk tanya?" si ayah mula menengking.
Anak: "Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagitahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?" si anak mula merayu.
Ayah: "20 ringgit sejam, kenapa nak tahu?"
Anak: "Oh..." si anak menjawab sambil tunduk ke bawah. Kemudian  memandang wajah ayahnya sambil bertanya, "Ayah....boleh tak Amin nak pinjam 10 ringgit dari ayah?".

Si Ayah mula menjadi berang dan berkata, " oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah, kamu nak buat apa nak mintak sampai 10 ringgit? nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan utk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik bilik dan tidur, dah lewat dah ni..." Kanak-kanak 7 tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke bilik tidurnya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yg sekecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu. Didapati anaknya masih belum tidur. "Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah duit 10 ringgit ini", berkata si ayah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyak ayah", katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yg sudah renyuk. Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. "kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dan dari mana kamu dapat duit dibawah bantal itu?" jerkah si ayah. Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. "duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri tiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit dari ayah sebab duit yang Amin ada sekarang tidak cukup", jawab si anak perlahan.  "Tak cukup untuk beli apa??", soal balik si ayah. "Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah.  Amin nak ayah balik kerja awal besok.   Amin rindu nak makan malam bersama ayah.  Jawab si anak tanpa berani  memandang wajah ayahnya.

THE MORAL OF THIS STORY : -

Share this story with someone you like.... But even better, share $20 worth of time with someone you love. It's just a short reminder to all of you working so hard in life.  We should not let time slip through our fingers without having spent sometime with those who really matter to us, those close to our hearts.  If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of days. But the family & friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives. And come to think of it, we pour ourselves more into work than to our family.  An unwise investment indeed!! So what is the moral of the story????


Don't work too hard...and you know what's the full word of FAMILY ?

      F    =   FATHER
      A   =   AND
      M   =   MOTHER
      I     =   I
      L    =   LOVE
      Y   =   YOU

Tuesday, March 29, 2011

Kongsi cerita....


Dah lamer ibu tak update citer anak2 ibu.  Kakak n Adik dah semakin sihat.  Terima kasih Ya Allah…kerana mengurniakan kesihatan yang baik buat kluargaku.  Kakak semakin lincah berkata-kata, Damia dah pandai mengenal orang, dah 7 bulan…..Nanti ibu nak muat turun gambarlah (betul ke tak ayat ni)…Damia dah mula makan pepejal…bubur nasi masa 6 bulan.  Tapi dah makan nestum masa 5 bulan ++.  Seronok sebenarnya buat bubur untuk anak2 kecil macam Damia. 

Pengalaman sebenarnya.  Damia suka makan bubur ikan bilis goreng n dicampur lobak merah.  Diblen, dan ditambah dengan sikit kicap lemak manis.  Tok punya idea.  Sebab Damia banyak makan bubur macam tu…seronok bila maksu suapkan.   Maksu yang selalu suap Damia makan, tok cuma sediakan jer.  Tq maksu, n tok.  Mak lang pula, suka mengemas diri Damia, bila mandi, maklang yang hiaskan.  Dan kakak…….kaki sakat Damia.  Nanti besar Damia mesti balas balik, sebab dia kecil n tak tau apa2.  Damia suka jerit2 bila kakak dekat dengan dia.  Takutlah tu….takut kakak usik.  Kakak memang suka mengusik!!!  Ibu kadang2 naik hantu tengok kakak buat macam tu…Ubah yer sayang perangai tu…tak baik sakat adik tau.

Sebenarnya jugak……ibu nak kongsi resepi.  Yang menariknya, resepi2 ni tok n ibu yang punya.  Memang dari bangku sekolah lagi, ibu suka menolong tok(mak ibu) n arwah tok(nenek ibu) memasak.  Kakak pun dah nampak minatnya yang suka memasak.  Satu kebanggaan jugak!!  
Dah macam2 resepi ibu n tok masak…tapi tak pernah nak muat turun dalam blog ni.  Nanti ibu  muat turun.  Mesti punya…supaya anak2 ibu masak balik apa yang ibu pernah masak. 

Dan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Semenjak dua menjak ni, seronok plak ibu berkongsi citer islamic ngan anak2 ibu..  Sumer nak kongsilah...Selalu ibu ingatkan kakak n adik, jangan lupa buat kebaikan.  nanti bila mata dah pejam, takut tak sempat nak beramal.......Siapa yang rugi??????? Nanti Dia akan tanya ibu ngan Abah, kenapa tak ajar anak2 masa mereka masih bernyawa...Ibu nak jawab aper???  Errmmmmm…..semoga anak2 ibu mendapat ilmu dunia dan akhirat yang diberkati.  Ibu doakan juga agar semua saudara2 islam kita mendapat rahmat dari-Nya. Aminnnn…..


"A'u zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum memulakan apa2 saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu Ahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. wa lam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah, berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di  dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tigaminit? Tiada  seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas 3 kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak
12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari
bacaan kami ini kami berikan kpd orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid
walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.


Sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.


Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :


1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


~Wallahualam~

Monday, March 28, 2011

Kasih seorang insan yang bergelar IBU..


Buat anak-anak ibu Dayana Afiqah dan Damia Afrina, membaca cerita ini terharu rasa dihati.  Itulah pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya yang dikandung.  Tiada keluh, tiada rintihan, tiada rasa penat membesarkan manusia yang bergelar ANAK!!!  Semoga cerita ini memberi pengajaran buatmu sayang’s…..
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang  jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang  masih merah itu.
Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu. Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya
 cacat," katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar  cemerlang dengan Menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada Penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu... "Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya  tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. "Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si  anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara  ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil  ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun  lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak  berdiri di sisi Keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut  ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si  ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita  paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Ps :
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal  tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang lakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium  tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah
SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU,
penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya,'love u mom'

Friday, March 18, 2011

Renungan...

The Truth


Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.
Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah......

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang
berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun.
Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Wallahu'alam bissawab. Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang....bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut....potonglah kuku anda.


Friday, March 4, 2011

Hati...

Hati....
Kenapa hati yang merasa dulu
Kenapa sakit sangat bila tahu sesuatu..
Kenapa mesti ada hati??
Subhanallah....
Sebenarnya ibu masih tak bleh terima
Sebenarnya ibu masih tak boleh melupakan
Sebenarnya hati ibu yang tak boleh xxxxxxx
Ya Allah....
Cekalkanlah aku...sabarkanlah aku
Dalam meniti jalan-Mu...dugaan-Mu
Sesungguhnya aku adalah seorang hamba yang lemah
Jika benar inilah dugaan dari-Mu
Aku REDHA....
Siapalah aku untuk menidakkan takdir-Mu
Aku hanya mampu berdoa...
Berilah yang terbaik untuk anak-anakku
Jauhkanlah mereka dari perkara-perkara yang tak diingini
Amin...Yarabbal-a'alamin...

Anak2 ibu,
Ibu dan air mata xboleh dipisahkan....
Tak ada perkataan lagi sedih dari air mata

Kakak n Damia
Jangan hidup dengan berlinangan air mata
Kecuali cintakan tuhan-Mu - Allah swt

Thursday, March 3, 2011

Sekadar Renungan....

12 Barisan di Akhirat Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW
dan bertanya:

"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman
Allah SWT:

"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah
an-Naba':18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air
mata. Lalu menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,
bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan,
masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri... ."
Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini
dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati
jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka... "

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah
Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka... "

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala
jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka... "

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari
mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah
balasannya dan tempat mereka adalah neraka... "


BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT
menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang
Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut
diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka... "

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah neraka... "

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir
keluar nanah dan darah.
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka... "

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki
ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka... "

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara
dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak
sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka... "

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit
sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka... "


BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka
memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada
dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar
beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka... "

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan
purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara
dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka
menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika
meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan
keredhaan Allah Yang Maha Pengasih... "


Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu
sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah
engkau betapa peritnya berpisah denganNya... ..Wallahua'alam.
WASSALAM.