Dari hari ke sehari nak google pasal anak solehah
Hari ni adalah masanya
Tiba2 kuar entry yang sangat berguna dari www.islamituindah.my
Sangat berguna untuk ibu menjawab soalan kakak malam2
Sebab mulai hari ni (sejak kakak sekolah) ibu kene ubah sikap
Sikap yang sangat2 positif terutamanya sebelum tido..
Iaitu :-
1) Baca surah Al-Fatihah 1x
2) Baca surah Al-Ikhlas 3x
3) Mengucap - kakak yang suruh mengucap setiap kali tidor....ustazah suruh
4) Baca doa tidur dan maknanya sekali
5) Ibu akan cium puteri2 dan doa yang ringkas2. Contohnya:-
Jom share : Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah anak2 aku seorang anak yang solehah!
Sampai sekarang kakak tak henti2 bertanya apa makna solehah.
Walapun ibu dah terang secara ringkas, kakak masih bertanya 'ye ke'??
So...ibu tengah free...n soh en.google search kan "APA MAKNA SOLEHAH"
Tak sabar nak suruh kakak baca entry ni...
Puteri2 ibu nanti dah besar tolong manfaatkan bersama
Ibu pun harus lebih berusaha keras :) InsyaAllah
Tapi....
Sekarang bila balik dari keje + tunggu kakak balik dari sek + tunggu kakak/mia makan/keje sekolah
+ balik rumah ibu + buat keje sekolah kalau tak habis/basuh kain/sediakan barang tuk esoknya pulak
= TERUS TIDO
Lepas ni kene bukak lagi minda tu...SABAR!! semua ni untuk????? Anak2 ibu
Jangan mengeluh!! Ibu selalu mengeluh...tapi lepas ni kene lagi SABAR..ada hikmah
Kalau nak jadi Ibu, jadilah ibu yang Mithali!!
Kene banyak membaca lagi lepas ni...SASARAN LEPAS NI KE MPH!!
Opppssss....melalut-lalutlah
Kite baca entry dari web tadi..
Bagaimana melahirkan anak soleh?
Setiap dari kita wajib menjaga dan mendidik
anak-anak kita supaya menjadi anak yang soleh. Anak kita adalah tanggungjawab
kita. Anak-anak bukan sekadar anugerah Allah kepada kita, tetapi yang lebih
besar dari itu mereka merupakan amanah yang dipikulkan Allah ke atas bahu kita.
Allah ingin menguji kita; adakah kita bersungguh-sungguh menjaga dan mendidik
mereka atau tidak?
“Ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah
ujian (bagi kamu) dan sesungguhnya Allah di sisiNya pahala yang besar” (Surah
al-Anfal, ayat 27-28)
Apa makna anak soleh?
Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat
kepada ibu-bapa sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan kita, tetapi yang
lebih utama dari itu ialah anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh ialah
anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan
tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak dididik dengan taat
kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama, Insya’Allah anak itu secara
otomatik akan taat kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana-mana
sahaja ia berada.
Bagaimana mendidik anak menjadi soleh?
Tidak ada cara mendidik anak yang paling baik dan paling
berkesan melainkan dengan cara didikan Islam. Langkah pertama ke arah didikan
anak yang sempurna ialah keazaman ibu-bapa itu sendiri untuk kembali menghayati
Islam dan menghidupkan Biah Islamiyyah (yakni suasana keislaman) di dalam
keluarga dan rumah. Hanya anak yang hidup di dalam suasana keislaman yang dapat
menghayati Islam dan seterusnya berjaya dibentuk menjadi anak yang soleh.
“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan
RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang akan menjadikan
kamu hidup sempurna”. (al-Anfal: 24)
Langkah praktik untuk melahirkan anak soleh
@Didiklah anak-anak kita
mengenali Allah
@ Pastikan anak-anak kita
sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain. Bekalkan
ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita
@ Hidupkan dalam rumah kita
Biah Islamiyyah (suasana keislaman).
Antara perkara yang dapat kita lakukan
untuk tujuan tersebut ialah;
@ Selalu membaca al-Quran
di rumah
@ Membiasakan solat-solat
sunat di rumah
@ Hidupkan budaya memberi
salam
@ Praktikkan adab-adab
Islam di dalam rumah.
@ Dekatkan anak-anak kita
dengan masjid, mushalla atau surau
@ Tanamkan semangat jihad
dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita
@ Tanamkan kepada anak-anak
kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
@ Perhatikan dengan siapa
anak-anak kita berkawan.
@ Mohonlah sentiasa dari
Allah agar dikurniakan anak yang soleh
@ Sentiasalah memberi
pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita
Insya-Allah dengan melaksanakan langkah-langkah tersebut dengan
bersungguh-sungguh dan istiqamah, akan lahirlah di dalam keluarga kita
anak-anak soleh yang bukan sahaja dikasihi Allah, tetapi juga menyejukkan mata
kita dan menyenangkan masyarakat.
No comments:
Post a Comment