Lagi menu menarik dan berkhasiat!
Kentang Putar n Sos Kentang Putar
Sedapkan sayang?? Walaupun menu ni ibu n geng cuba pertama kali, ianya tidak mengecewakan. sangat lazat....senang dan berbaloi2...lagi sedap dari yang erkkk..erkkkk...kfc!
Memang ibu kene beli kamera 'halus' untuk ketajaman gambar. Tapi alhamdulillah...dah cuba pun menu...yang ada hanyalah gambar kenangan. Berjaya menyediakan makanan western!
Kentang Putar
Bahan-bahannya :-
6 biji kentang yang bersaiz besar (USA potato) hehehe
2 sudu besar mentega
5 sudu besar susu segar
(kalau nak, lebihkan susu mengikut kesesuaian)
garam
serbuk lada hitam secukupnya
Caranya :-
@ Kupas kentang n potong dadu - rebus sampai empuk - toskan air
@ Untuk mudahkan kerja, lenyek kentang dalam keadaan masih panas
@ Masukkan susu segar dan mentega
@ Rasakan dengan garam dan serbuk lada hitam
memo : air rebus kentang jgn terlalu banyak sebab bila kentang dah empuk, air rebusan kentang dibuang. Kentang akan hilang zat-zat sedap.
Sos Kentang Putar
Bahan-bahannya :-
650 ml air
1 biji bawang holland - cincang halus
1 batang saderi - cincang halus
1 kiub Pati Ayam
4 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Kicap pekat dan kicap biasa
garam secukup rasa
Cara-caranya :-
@ Masak air, serbuk pati ayam, daun saderi dan bawang besar.
@ Masak sampai mendidih. renehkan sebentar dengan api perlahan selama 10 min.
@ Tapis ke dalam mangkuk
@ Dalam periuk lain, cairkan mentega dalam api sederhana panas. Biarkan cair.
@ Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit. Kacau perlahan sampai tepung tak melekat di periuk.
@ Pastikan api perlahan ya!
@ Tuangkan air rebusan perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Kacau sampai kuah menjadi likat.
@ Masukkan sos tomato dan sos tiram. Kacau sebati.
@ Masukkan kicap pekat. Tambah kicap biasa kalau nak warna cantik.
@ Masak sehingga pekat. Rasa dahulu sebelum masukkan garam.
@ Sekiranya anda telah berpuas hati dengan rasa yang sedia ada, tidak perlu tambah garam.
@ Kecuali rasanya kurang masin, barulah ditambah garam.
@ Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam. Kacau lagi sampai serbuk lada hitam sebati dengan kuah.
@ Masa ni, kalau nak kuah pekat, kacau lama. Boleh dah tutup api....
Memo : Untuk pengetahun kakak..ibu tak tapis pun bawang n saderi tu sebab sayang nak buang. Lagipun sedap sangat2 kalau ada cebisan bawang n saderi ti. Len kali, ibu nak bubuh cebisan ayam pulak. Mesti lagi terangkat rasanya!!
Sekali lagi...rasanya sangat sedap!!
Yammmmeeeee....!!
No comments:
Post a Comment