Wednesday, December 24, 2014

Hati bergelora!

Alhamdulillah...apa kabar puteri2 ibu hari ni..
Kat mana anak2 ibu masa ni agaknya ye?..
Mungkin umur kakak dah berbelas tahun masa baca diari 3S ni..
Mia?...pun same agaknye...dah tua rupanya kome berdua ni...
Alhamdulillah...masih bernafas dengan izinNya..

Semua yang berlaku..
Seakan ibu tau 'benda' ni akan terjadi hari ni
Bukan tak bersyukur...bukan nak mengata..
Bukan tak nak..bukan menolak...bukan nak mengeluh...apa lagi yang bukan?..
Semualah BUKAN...
Tapi ni yang berlaku..kenyataannya!!
Benda yang ibu rasa terlalu berat tuk ibu dah menjadi!
Dia datang semula tuk anak2 ibu..
Untuk apa tu semua?...
Memang ibu selalu doakan yang terbaik...
Ibu tak tau nak menghadapinya sekarang..
Ibu tak nak anak2 ibu sikit pun berjauhan dengan ibu..
IBU TAK SANGGUP!!
Mungkin kakak n mia tak faham...orang lain pun takkan faham..
Sape2 yang merasa n melaluinye sahaja yg akan faham...
Hidup kene teruskan...
Setiap kali 'dia' (perasaan yang tak sedap hati) datang..
Pasti ibu tak merasa pijak kat kaki sendiri..
Takut...sedih sangat2...kecewa...pedih..sakit...syukur..
Semua dah bercampur baur...
Jadinya...hati ibu lemah sangat2 tatkala ni..
Nak solat, ibu 'bercuti'..
Time2 gini pulak dia datang...
Ibu luahkan semua kat atok...
Atoklah tempat ibu mengadu semuanya...
Atok soh bersabar, jangan berkeras sangat...
Takut benda buruk akan berlaku..
Ibu dah sehabis daya bersabar...berdoa
Semoga Allah tetapkan hati ibu...
Semoga Allah beri rahmat kat kite semua...

Entahlahkan...ibu berserah je kat Allah
Semua ni ketentuanNya..
Semoga apa yang berlaku..ada hikmah yang baik tuk kite..

Hati ibu tak tenang saat ni..
Ibu tak nak fikir negatif, takut2 betul2 terjadi
Tapi..ibu mana yang tak fikir negatif kalau benda ni berlaku
Ibu nak lawan...pergi jauh jauh setan oiii...
Kau makhluk yang sangat kejam!!
Suka sangat kat manusia lemah macam aku!!
Eeee..tak suka!! Patutlah Allah keluarkan kau dari syurga!!
Sungguh kau sangat + memang kejam!!

In Sya Allah...
Allah ada dekat dengan ibu..
Dekat dengan kite semua..

Kalau kakak n mia selalu bukak diari 3S ni..
Simpan dalam kenangan..

Kakak...Mia..
Ibu tengok kakak n mia membesar depan mata ibu
Terharu bila anak2 sendiri balas kate "ibu! I love u too'!
Ibu tak nak ape2 'harta' pun dari anak2 ibu
Ibu nak dengar perkataan 'sayang ibu' tu hari2
Ibu nak tengok anak2 ibu jadi manusia yang tetap imannya..
Jgn sesekali terpesong aqidah..
Solat jgn tinggal..
Tak ade bekalan lain dari amalan kite yang soleh tuk kite bagi kat Dia..
Jgn tunjuk kite hebat sangat kat org..
Kalau ade duit lebih, ingat satu, bagi sedeqah kat org...
Jgn biar org lain rase apa yang kite pernah rase...
Ibu teringat mula2 jadi 'benda' tu...kite beli beras 1 kg je kan?
Ibu malu nak g beli, ibu soh kakak belikan tuk kite masak makan tengahari tu..
Ibu punya sedih masa tu...bersyukur dengan apa yang kite ade sayang...
Macam mana nak lupa masa tu berlalu dangan macam tu saje?
Ibu takkan lupa....

Sampai hari ni..
Ibu masih hidup berpijak di kaki sendiri..
Berdiri dengan tokoh2 hebat macam atok...adik beradik n kawan2 rapat ibu
Diorang org hebat dan tau macam mana ibu..
Kat tempat keje, ibu 'yatie' lain, kat rumah ibu 'yatie' lain..
Tapi semua ni kerana SAYANG..
SAYANG dari Dia yang menjadikan siapa ibu...
Dia yang buat ibu rasa kuat sampai tahap ni...
Time kasih YA ALLAH..kerana Kau aku sujud mohon ampun..
Terlalu banyak dosa aku sehingga kau sedarkan aku...
Kat dunia ni aku dah terima tempias (yg sikit)...
Belum lagi kat akhirat..
Mudah2an, Kau masukkan aku dan saudara2ku ke SyurgaMu..






Friday, December 19, 2014

Kisah 'Drama' pagi hari..

As salam sayang sayang ibu..
Salam jumaat yang penuh keberkatan..
Alhamdulillah...pagi lagi dah sampai.
Dari asyik pejamkan mata, baik ibu jenguk diari yang semakin 'comel' ni
Dah rajin ibu bukak diari muka baru ni tau!

Pagi JUMAAT yang indah ni..
Semoga ketenangan, keberkatan, kecerahan, keinsafan
Datang bertubi tubi kepada kite semua
Semoga apa yang berlaku berakhir dengan sejuta kebaikan
Doa adalah segalanya bagi ibu...jangan berhenti! In Sya Allah..
Alhamdulillah, kakak n mia dah semakin positif menerima ketentuan dari-Nya
Cuma ibu yg mungkin 'drama' lagi dengan setiap apa yang berlaku
Memang benar redha apa yg terjadi...
Wanita lemah macam ibu tak mungkin lupa dengan setiap apa yg berlaku
Bolehkah seorang isteri tu senang melupakan setiap apa yg dilakukan suaminya?
Lebih2 lagi ada kene mengena dengan HATI?
Tak mungkin kan...
Lirik lagu kate macam nilah...'bisa sungguh hati ni, walau tak berdarah'
Macam tulah...tak nampak darahnya kan, tapi terasa membara je kan?..
Ishhh...kenapalah dia datang setiap kali ibu dah lupakan apa yang berlaku..
Sebab tulah ibu ber'drama-drama' macam ni..
Tak suka tau!!

Sudahlah...malas lagi nak cite bab 'drama' pagi2...
Tapi, In Sya Allah...berdoalah untuk jadi yang lebih baik
Nak sempurna? mana ada manusia yang sesempurna Nabi Muhammad S.A.W
So, positif selalu...berdoa, bersabar, bertawakal,
In Sya Allah, Allah selalu dekat dengan ibu, sebab Dia bagi ibu kekuatan!
Allah sayang kite, sebab tu Dia bagi kite semua ni...
Ibu selalu cite kan, kenapa Allah pinjamkan semua benda kat dalam dunia ni..
Ingat lagi tak?...
Haaa...jgn sedih2 tau..
Esok In Sya Allah...kite p soping2 baju sekolah
Beli yg mana patut je ye!
Hehehehehehe....mia budak kecik yang paling de-xcited nak p sekolah
Ibu doakan Damia Afrina anak ibu berjaya kat dunia dan akhirat
Macam tu jugak ngan kakak, ibu nak kakak berjaya kat dunia dan akhirat..
In Sya Allah..

Niat kat hati nak tulis resepi, tapi dah melalut...
Nanti2 jelah ye.
(^-^) Ucuknyer...
( ! _ ! ) Errkkk...mecncik2..
(@ _ *) Kenape ni?...
 Hehehehehe...
Saranghaeyo!!
Annyong hi gae yon!!


Thursday, December 18, 2014

Sungguh benar sabar itu indah...

As salam anak2 ibu...
Bila ada org yang mengusik hati kecik ibu...
Tak ade benda lain selain dari cari artikel2 yg mengembalikan semangat nak teruskan hidup ni..
Jantung ibu macam tak berdegup bila dengar manusia tu nak muncul
Tak nak lagi rase diri ni nak berdepan dengan die..
Tapi tak mungkin..dia segala2nya untuk anak2 ibu...
Ibu tak nak sikit pun dia sebut pasal anak2 ibu..
Apatah lagi nak ambik hati anak2 ibu...
Takut lain jadinya...
Masa ni, Allah saje yg tau berapa lajunya degup jantung ibu..
Betapa hancurnya hati n perasaan ibu..
Sakitnya tu tak tau macam mana..lagi sakit dari dihiris belati tajam!!
Memang..memang tak sape yg tau sakitnya macam mana...
Ibu tak nak sape2 rase sakit macam mana ibu rase..
Itu doa ibu...
Cukuplah ibu sorang rase..
Menangis? 
Dah bertempayan2 air mata ibu mengalir...
Kalau boleh tadah...dah bergelen2 rasenya..
Tapi bila ingat Allah...tenang sangat2 hati..
Ibu akan sujud n nangis puas2..
Ibu mohon doa selalu..salah satu daripadanya..
Ibu nak jejak kaki kat MEKAH..
Kat sana nanti..ibu nak mengadu kat Dia...
Ibu nak mintak ampun, sebab banyak sangat dosa kat Dia..
Kat atok n tokwan...
Dosa yang sengaja dan tak sengaja ibu buat...
In Sya Allah...
Pasti satu hari Allah izinkan ibu jejak bumi suci tu..

Anak2 ibu,
Jom, baca artikel kat bawah ni,
Hari ni ibu dah banyak gugle apa itu SABAR...
Bukan senang nak sabar, melainkan kite betul2 kuat!!
Ibu cnp, 
Anak2 ibu...kalau baca entry diari ni,
Baca sampai habis yer...
Ibu rase terkesan dengan setiap ayat ustaz ni...
Sejuk hati kalau kite baca...
In Sya Allah..ada kekuatan di sebalik ujian..


SABAR disebalik ertinya....

ALLAH menjanjikan Syurga bagi hambaNYA yang menjalani hidup dengan baik. Hidup di dunia tidak akan sentiasa menyenangkan. Setiap manusia digilirkan untuk merasai perkara yang disukai dan yang dia benci. Ini kerana dunia adalah tempat ujian bagi manusia untuk membuktikan siapa di kalangan hamba Allah yang benar imannya dan siapa yang berdusta.

Firman ALLAH, “Sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, dan Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan Dia pasti mengetahui orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 3)

Imam Ibnu Katsir rh. menjelaskan dalam tafsirnya: “(Agar dibezakan) orang yang benar dalam pengakuannya dari orang yang dusta dalam ucapan dan pengakuannya. Sedangkan Allah SWT Maha Mengetahui apa yang telah terjadi, yang sedang terjadi, dan yang akan terjadi. Allah juga mengetahui cara terjadi sesuatu bila hal itu terjadi. Hal ini adalah ijma’ para imam Ahlus Sunnah wal Jamaah.”

Antara bentuk ujian yang dihadapi manusia adalah seperti firman Allah, “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Sesungguhnya kita milik ALLAH dan kepadaNYA kita dikembalikan).” Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah yang mendapat petunjuk.” (Al-BAqarah: 155-158)

Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang sabar ketika ditimpa musibah mendapat tiga keutamaan sekaligus; selawat Allah, rahmat dan petunjukNya. Allah SWT tidak pernah mengumpulkan tiga keutamaan sekaligus dalam satu ayat kecuali dalam ayat ini iaitu keutamaan bagi orang yang sabar ketika mendapat musibah. Makna selawat Allah kepada orang yang sabar ketika mendapat musibah adalah: Allah memuji orang tersebut di hadapan para malaikatNya yang suci, hal ini sebagaimana yang dikemukakan oleh Abu Al-‘Aliyah Al-Rayyahi rhm. (Syarh Al-Mumti’, Ibnu Al-Utsaimin)

Orang beriman percaya bahawa semua takdir ALLAH itu baik dan ada hikmahnya, kerana Allah tidak menjadikan sesuatu sia-sia. Mereka mengharap pahala darinya dan hanya orang yang sabar dicukupkan pahala tanpa batas, iaitu orang yang sabar semata-mata kerana Allah, bukan kerana terpaksa. Ini kerana sabar yang diganjari pahala adalah sabar di awal musibah.

Rasulullah SAW pernah melewati di sebelah seorang wanita yang menangisi kematian anaknya. Baginda berkata kepadanya, “Takutlah kepada Allah dan bersabarlah.” Wanita itu berkata, “Engkau tidak rasa musibah yang aku alami.” Ketika Rasulullah SAW berlalu dari situ ada sahabat berkata kepada wanita itu bahawa orang yang menasihati tadi adalah Rasulullah SAW. Alangkah terkejutnya wanita itu, dia segera pergi ke rumah Rasulullah SAW dan berdiri pintunya. Dia berkata, “Wahai Rasulullah, tadi aku tidak mengenalmu. Sekarang aku sabar.” Rasulullah SAW bersabda, “Sabar itu di awal musibah.” (Bukhari dan Muslim)

BERITA GEMBIRA BAGI ORANG YANG SABAR DAN MENGHARAP PAHALA
Hikmah terbesar di sebalik musibah adalah dihapuskan dosa dan diganjari pahala sehingga dia beroleh Syurga ALLAH SWT. Nabi SAW bersabda, “Sungguh pahala yang besar bersama ujian yang besar. Apabila Allah mencintai seseorang, Dia memberi ujian kepadanya, siapa yang redha maka Allah redha padanya, dan siapa yang murka maka Allah murka padanya.” (Sahih. Riwayat Al-Tirmidzi)

Dari Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda, “Apabila Allah menginginkan kebaikan pada hambaNya, disegerakan baginya hukuman di dunia. Dan apabila Allah menginginkan keburukan pada hambanya, ditahan baginya balasan dosanya hingga akan disempurnakan pada hari kiamat.” (Hasan sahih. Riwayat Al-Tirmidzi)

Wuhaib bin Al-Ward rh. berkata, “Apabila ALLAH SWT ingin memuliakan hambaNya, Dia menimpakan kepadanya sesuatu yang tidak disukainya, kesakitan pada tubuhnya, dan ketakutan (yang menghapus dosanya), sehingga kematian datang kepadanya dan dia masih memiliki dosa, kematian dijadikan sangat sukar baginya disebabkannya (untuk menghapus dosa yang masih berbaki), menyebabkan dia bertemu ALLAH tanpa dosa. Dan apabila seseorang itu tidak bernilai pada ALLAH (disebabkan keingkarannya), ALLAH menjadikannya sihat, meluaskan tujuan hidupnya dan menjadikan dia merasa aman (ganjaran kebaikan yang dilakukannya dibalas ketika di dunia). Hingga kematian datang dan dia masih ada sisa kebaikan (yang belum dibalas), maka kematian dijadikan ringan baginya disebabkan kebaikannya, dan dia bertemu ALLAH tanpa apa-apa.” (Al-Mujalasah wa Jawahir Al-Ilmi)

Rasulullah SAW bersabda: “Ujian selalu bersama orang beriman lelaki dan perempuan, baik pada diri, anak dan hartanya, sampai dia bertemu Allah dalam keadaan tidak mempunyai satu kesalahan pun.” (Sahih. Riwayat Al-Tirmidzi)

Betapa manusia sangat memerlukan ampunan dari Allah, kerana setiap anak Adam tidak lepas dari dosa. Jadi mengapa harus mengeluh apabila ditimpa musibah? Jauhilah ucapan yang dimurkai, hindarilah mengeluh dan mengadu kepada manusia kerana mengeluh kepada makhluk adalah perbuatan hina. Sebaliknya mengadulah pada ALLAH sebagaimana yang diucapkan oleh Nabi Yaakub, “Sungguh aku mengadu kesusahan dan kesedihanku hanya kepada ALLAH.” (Yusuf: 86)

Nabi SAW berkata, “Mereka (para Nabi) sangat gembira dengan musibah seperti kalian gembira dengan kemudahan.” (Sahih. Riwayat Ahmad). Mengapa tidak, “Tidaklah seorang muslim terkena musibah penyakit atau yang lainnya kecuali Allah menghapuskan kesalahannya seperti pokok menggugurkan daun-daunnya.” (Bukhari dan Muslim). Bahkan Nabi berkata, “Manusia pada hari Kiamat menginginkan kulitnya dipotong-potong dengan gunting ketika di dunia kerana melihat betapa besarnya pahala orang yang tertimpa musibah di dunia.” (Sahih. Riwayat Baihaqi)

Ketahuilah, Allah tidak sesekali menimpakan ujian kecuali sesuai kemampuan hambaNya. “Allah tidak membebani seseorang kecuali dengan apa yang dia mampu.” (Al-Baqarah: 286). Allah juga berfirman, “Tiada satu musibah yang menimpa di bumi dan dirimu melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sungguh demikian itu mudah bagi Allah, supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang hilang darimu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. (Al-Hadid: 22-23)

Nabi SAW bersabda dalam hadis qudsi: “Allah SWT berfirman, “Wahai anak Adam, jika engkau bersabar dan mengharap pahala sejak awal tertimpa musibah maka Aku tidak rela memberi pahala untukmu selain Syurga.” (Hasan. Riwayat Ibnu Majah)

Jika dibanding ujian yang kita hadapi, tidaklah ia lebih berat dari apa yang menimpa umat Islam terdahulu, yang digergaji kepalanya hingga terbelah dua, disikat badannya dengan sikat besi sehingga nampak tulangnya, Sumayyah yang ditusuk kemaluannya hingga tembus ke punggungnya oleh Abu Jahal, dan banyak lagi. Mereka diuji sesuai tahap keimanan dan darjat mereka, dan kita diuji sesuai tahap keimanan kita. Hendaklah kita bersyukur selama mana ujian itu tidak menimpa agama dan tidak membuat kita berburuk sangka kepada ALLAH. Sabda Rasulullah, “Janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan berbaik sangka kepada Allah.” (Riwayat Muslim)

Tuesday, December 16, 2014

Seboklah Sangat...

As salam anak2 ibu...
Alhamdulillah....semua sihat kan..

Tak sempat langsung nak bukak diari 3S ni sejak dua menjak ni..
Seboklah sangat...hikhikhik...
Ni pagi ni awai sket ja...tu pun 7.30 baru sampai..
Cuti sekolah tak menentu nak sampai awal ke tak..
Ikutlah driver...

Lagi sekali..Alhamdulillah..
Jawatan kecik ibu kat opis dah TAMAT!!
Hehehehehe....tak mo lagi rasenya memegang jawatan kecik tu..
Biar org lain merasa....jadi AJK tabung kewangan tingkat 14
In sya allah...
Bila ada nama dalam jawatan, kene ada tanggungjawab..
Bukan senang yer...taklah susah mana pun..
Tapi sikit mengganggu tugas ibu kat kaunter..
Ok..tak pe, dah sampai ke hujung tahun pun...
Alhamdulillah..semua nampak OK!
Semoga tahun2 hadapan ada AJK baru yang lagi owsem!!
Selamat ya!

Lepas tu pulak kite sebok gak kat umah,
Minggu lepas macam kucar kacir sikit kan...
Dengan umah tak berapa nak kemas, bilik air tak sental..
Rimasnya...
Tak cukup masa lah kan..
Dah dua kali ahad, semua penuh dengan aktiviti..
Minggu lepas ada kezen (PP) datang..
Minggu ni kite p tunang kezen ibu pulak..
Habislah waktu rehat bersama anak2 comel ibu.
Sampai mia pagi tadi kate..
Ibu...bila nak cuti lagi..
Mia rindu ibu!! Adoii!!
Ni yang nak teriak!!! bila anak dah pandai nilaikan..
Sedih gak dengar dia rindu ibu...sori sayang yer..
Minggu ni ibu cuba manfaatkan cuti hujung minggu kite bersama yer..
In sya allah...minggu depan ibu ambik cuti..n kite p soping2 beli barang sekolah mia n kakak..
Mia terasa kot...sejak dua menjak ni, ibu tak banyak gomol2 die..
Tak geletek tummy cute die....
Tak dukung sangat pun die...
Tak banyak tanya pun apa dia buat hari ni...semalam...buat ape kat umah atok...
Semua bekulah!!
Kakak pulak yg kene buat...main ngan mia.
Sori sangat2 yer anak2 ibu..
Ibu ingat kite bertiga saje sayang..waktu tuk kite sangat berharga buat ibu..
Ibu tak mungkin lupa...In sya allah..
Owhh...ibu rindu MIA N KAKAK...
Macam hari2 nak cuti..dahlah cuti sekolah dah tinggal seminggu dua je lagi..
Ibu doakan, tahun depan akan lagi baik dari tahun ni...In sya allah..
SAYONARA!! SARANGHAE!! Hehehehehe....



Tuesday, December 9, 2014

Kerenah kakak n mia lagi....

As salam sayang2 ibu..
Buat ape agaknya di saat ni..
Mestilah tengah baca diari 3S ni kan...saje je nak tanya lagi..hikhikhik..

Semalam kakak 'kene' lagi dengan ibu
Kali ni sebab tak dengar cakap..
Suka sangat tak minta izin ibu nak bagi msg kat org..
Eee...geram sangat smlm...
Mana taknya...nak dekat 50 msg kot...
Ibu bukan ape....(tak leh teruskan ayat)...
So...memang nyesallah kan ba-bab anak sendiri..

Yang si kecik mia pulak...bila masuk umah, nampak rumah elsa lopong..
Macam ade org yg kuarkan elsa dari rumah die..
(lubang comel seolah2 sengaja dibukak)
Menangis macam hilang anak...pening!!
Geram kat kakak, pening tengok mia nangis...
Bila ibu pujuk semakin menjadi2, nak elsa jugak katenya!!
Arrhhh....sakit semuanyalah...

Masa dok 'attack' kakak..
Tiba2 mia dengar ade benda tengah cakar (ibu buat tak tau je)
Dia ambiklah torchlight canggih kat hp ibu...
Suluhlah semua ceruk...bawah kusyen, bilik air, g dapur...semua celahlah..
Ibu buat tak tau je....kan tengah geram..

Lepas tu...kelakarlah dalam geram2 tu..nak gelak, cam sakit hati tak habis lagi kan..
Senyap jelah..berhenti tengok gelagat mia..
Hahahaha...
Sekali tu, dia dengar elsa cakar lagi..
Menjerit soh cari elsa...dah dengar dia cakap katenya...
Hahahahhaha....
Ibu buat tak tau lagi...
Dah tu pulak....cari lagi..cari lagi..cari lagi...
Entah masa bila dia jumpe elsa!! Ada rupenye!!
Dalam tong sampah pink kat bilik no.3
Mia punyalah meraung...dengan menangis2 kia kate...
Elsa pergi mana....lepas ni jgn kuar lagi..
Dok diam, kalau elsa mati macam mane kami nak sayang elsa lagi...
Huhhhhh.....minah kecik ni. Boleh tahan gak ayat die...
Drama!!
Sambil dok genggam elsa siap cium2lah...
Eeee...ibu tak berani lagi nak sentuh anak2 angkat tu....

Sian kakak, ibu ba-bab sebab ade org yg cakap belakang2 ni...
Kantoi dalam msg tu...
Hai lah hati....
Tak mo lah terasa sangat dengan org yg selalu cakap belakang2..
Biarlah org nak cakap ape...
Ke ibu yg terlalu sensetipp...
Ermmm...susahkan..
Bukan senang nak buang perasaan 'terasa' tu..
Sebab bila dah dengar, ibu jenis yang tak leh lupa..
Sekali terasa..selamanya terasa..
Owhh..ayat!! tak suka tau!!

Smlm baru pesan kat kakak...
Kalau nak baik, Allah balas dengan kebaikan..
Kalau nak jahat, Allah tak pandang org yang buat jahat...
Tapi kalau nak senang, bukan senang kite nak jadi senang...
Kene kuat, kene solat doa hari2...
Kakak dah semakin besar...dah boleh jaga diri sendiri...
Jgnlah hari2 ibu cakap benda yg sama...
Percayalah kakak boleh, Mia boleh!!
Kisah hati semalam berakhir dengan kegembiraan..
Alhamdulillah....bila mintak maaf, macam biaselah kan..
Kakak cam tak ade benda pun....
Tapi in sya allah...semoga terkesanlah dengan kate2 ibu..
Siap leleh semua....
Jadilah anak yg ibu bangga ye kakak n mia..
Tak kaya tak apa,,,tak penting pun..
Yang penting anak2 ibu jadi anak solehah..beriman

Last sekali sebelum tido...ibu pakaikan inai kat kome berdue...
Hitam merah2..kuat betul warna inai tu...

Nantilah ibu update resepi...
Malas sudah nak taip ni...
Sayonara!!


Wednesday, December 3, 2014

Resepi Ayam Masak Merah Atok

As salam sayangsss...
Hari2 ibu rajin nak update resepi..
Mungkin sebab awal datang keje..pastu tak nak tido...
Dulu pantang lepa kalau datang awal..
Mungkin cukup kot wakto tido sejak dua menjak ni..
Cuti sekolah kan..
Tak berapa nak kalot sangat siap2 pagi..

Cuti sekolah ni hujan..
Tak leh nak plan nak kemana...
Bila tiba masa, baru plan..

Ok...
Resepi ayam masak merah ni, memang terbaik dari resepi2 atok
Memang takkan lupalah sampai bila2..
Bukan ibu je suka..satu famili, cucu cicit semua akan kate..
Resepi ayam masak merah kak muza sedap...
Hehehehehhe....
Kalau bab raya..
Sampai pernah masak 4-5 ekor...sekali makan..
Huhuhuhuhuhuhu...
Banyak resepi kat luar ibu cuba...sedap tapi lainlah sedapnye..

Kalau kakak n mia nak kelainan n rase klasik dari resepi 'org kedah' ni..
Buat had ni..mesti tak ghugi...

Bahan2 :-

Ayam 1 ekor - dipotong 14/16/18 (bersihkan, digoreng macam biasa kunyit + garam + pak aji sket - 3/4 masak je ye. bukan garing tau)
Cili kering 4 - 5 senduk besar
Tomato puree (jenama Duchef atau kimball (1 tin besar)
Garam
Gula
Santan pekat 1 cawan

Bunga lawang
Kulit kayu manis
Daun pandan
minyak


Bahan-bahan diblen

Serai
Bawang merah 3-4 biji
Bawang putih - 1/2 labu
Halia 2-3 inci
Lengkuas 2-3 hiris

Bahan hiasan

Bawang 2 biji - hiris kasar (belah dua n potong kasar)
Daun ketumbar 2-3 tangkai (ibu tak letak sebab lupa beli)
Daun pudina 2-3 tangkai (ibu tak letak sebab lupa beli)
Kacang peas dalam tin (ibu tak letak sebab lupa beli)

Caranya :-

Panaskan minyak, masukkan 2 sekawan, daun pandan dan bahan yg telah diblen.
Biarkan masak, keringkan sikit air bawang dan biarkan garing (dalam 15 minit)
Masukkan cili, tomato puree, garam, gula, pak aji...
Masa ni memang kene banyak sabar...
Sambal ayam ni akan percik2, dan lama nak tunggu.. dalam 40-50 minit...
Atok n ibu memang masak sambal ayam ni lama...
Ok, bila sah pecah minyak, sambal nampak cantik kilat n masak, masukkan santan
Boh ayam yg dah goreng 3/4 masak tu..
Masak lagi dalam 10-15 minit...Masa ni rase ape yg patuttt...
Boh garam atau gula kalau belum cukup rase yerr...
Last sekali, boh bahan2 hiasa...
Baru naik aroma ayam masak merah ni...

Salah satu lauk kesukaan kakak n mia..


Hehehehehe...saje nak tunjuk kepak tu..


Selamat mencube yer...












Monday, December 1, 2014

Masak Sesangan Ketam... (masak lemak banjar)

As salam sayang2 ibu...

Rajin pulak ibu semenjak dua ni kan...
Tulis resepi2 buat koleksi...hikhikhik...

Kotlah anak2 ibu nak wat rujukan..
Jgn suka makan je, masak pun kene suka jugak..
Tak leh tak sempat...tak leh nak malas2, tak leh tak suka..
Kene masak walaupun untuk diri sendiri...
Kan org2 tua kate, perempuan dengan dapur tak leh pisah...
Kalau zaman global ni ramai lelaki dah ke dapur..
Kenapa perempuan tak nak ke dapur?..
So..jgn cari alasan...

Ok....

Kali ni ibu nak bagi resepi yg kakak n mia suka..
Masakan dari atok ayam, resepi org banjar...
Dah terror ibu belajar dari atok ayam tau!
Dari zero...sampai dah dapat ijazah sarjana! huk huk huk..
Wahh...sedaplah kan..sebab atok ibu pun suka kalau ibu masak sesangan ni..

Jom tengok resepi...

Ketam 1kg (dlm 7-8 ekor - siang sarang perut je, cengkerang tak yah buang)
Cili kering 4-5 tangkai*
Kunyit hidup 2 inci*
Halia 2-3 hiris*
Bawang putih 1 ulas sahaja*
Bawang merah 2-3 biji*
Cili api 10 biji (kalau tak nak, letak sikit je)*
Asam keping 1-2
Buang labu mulut 2 - 3 biji (sila google)
Santan 1 biji kelapa
Serai 1 - 2 batang
Garam
Pak Aji sket..


Cara2 :

Potong dadu sedarhana buah labu mulut - basuh n toskan
Blend semua bahan bertanda *
Boh dalam periuk bahan blend dan serai, didihkan lebih kurang 5-8 minit
(hilangkan bau2 mentah cili)
Masukkan labu dan rebus sehingga 1/2 masak
Boh sket garam n pak aji..
Bila dah 1/2 masak, boh ketam dan masukkan santan dan asam keping
Kacau rata, jgn sampai santan pecah minyak..
Warna merah ke-oren oren masak lemak ni..Bukan warna kuning yer...
Ok..bila buah labu n ketam dah masak..rasakan sekali lagi garamnye...
Bila ok..tutup api dan hidangkan. SIAP!

* Santan mesti segar. Tak leh yg lame punye...tak sedap!

Ermm....sedapnye buah labu mulut ni...lagi sedap dari labu air..


Ketam tu sedap kalau letak sekor2 macam ni...Ibu dah cuba buang kulit, tapi sedap lagi kalau biarkan berkulit.


Hik..hik..hik... Makan dengan sambal belacan, ulam n ikan pekasam...!!

Ikan pekasam...


Ulam...


Sambal belacan...

Kalau nak tau labu mulut cm ner...
Tengok ni.. (ihsan google)


Haaa..cm nilah ghupe die..


Sedap..... Buang kulit cm kite kupas ubi kentang. Biji dalam die nipis d lembut sangat. Hati2 masa kupas labu ni yer..licin n sikit melekit. 

Selamat mencuba.






Wednesday, November 26, 2014

Ikan Pari Masak Asam..

As salam,

Hari ni sekali lagi nak share resepi..
Macam dah hape folder gambar banyak sangat koleksi resepi2..
Tapi belum enter dalam diari 3S ni..
So..supaya tak lupa n nak senangkan princess2 yg akan ganti tempat ibu kat dapur nanti...
Ibu sempatkan jugak tulis resepi kat sini...

Sama macam ayam masak asam..(macam dah berapa kali tulis kat entry kali ni)
Cuma yang ni gantikan ikan pari...memang sedap...lagi2 ikan tu mesti ikan pari segar...

Bahan2..

Sekilo ikan pari segar (ikutlah nak berapa ketul)
Bawang 2 biji - hiris
Bawang putih 1/2 labu - hiris
Halia 1-2 cm - hiris
Serai 1-2 - titik
Cili kering 3-4 tangkai - potong 1-2 cm
Minyak tuk tumis
Garam
Gula dalam 1 sudu kecik
Pak Aji
Kunyit serbuk 1 sudu..
Asam jawa (bergantung pada ikan)
Kalau ikan sekilo, air asam mesti lebih dari secawan..
Ibu suka yg sikit2 masam..baru nama MASAK ASAM..

Cara2..

Ikan digoreng macam biasa - boh kunyit n garam
Goreng jgn sampai garing. - cukup 2/3 masak..
Guna minyak yg sama...
Tumis cili kering dulu...jgn sampai hangit. Cili cepat hangit kalau goreng die dulu..
Ok..pastu masukkan semua bahan2 hiris...
Goreng sampai naik bau...pastu boh kunyit serbuk...kacau jap je..
Boh ikan yg dah goreng....+ air asam + garam + gula + Pak Aji..
Masa ni kena pandai agak..asam tu cukup rase ke tak..
Jgn masam sangat...jgn tak masam langsung..
Klau tak..memang faillah...
Ok...dah cukup rase?... jgn bagi kering pulak...(terukkan resepi ni)
Biar berkuah sikit....baru best giler makan!
Kalau nak, boh bawang besar hiris bulat2 n gaul kejap...(Kalau nak yer)
Dah siap...angkat..

Ta daaaa..... makan dengan kangkung goreng!!
Tak cukup 3 pot nasi makan ngan diorang ni..
Sorang meratah kangkung...asyik hilang je sebelah kangkung kat dalam pinggan...
Mana tak  nyer...tengok ni...
Jom tengok gambo2 yg sempat ibu ambik...

Ni bahan2 tumis yer...


Ikan yg siap digoreng..meratah pun sodap ikan ni...berjus sebab ikan segar..


Ni siap sudah...Ikan pari masak asam...

Boleh bau...nak makan kena masak yer..


Ni favorot sangat kite kan sayang..tak leh pisah ngan kangkung ni..Bukan letak ape pon..tumis ngan ikan bilis je... 


Nampak tak...sampai tak leh tahan nak tunggu hidang...
Nasi tu baru masak...


Lagi...nampak tak ade satu lagi tangan kat situ...same je kome dua beradik ni...
Kangkung tu....dah tak tau nak cakap ape ibu...


Selagi tak habis....


Korek ape entah...diorang suka ambik batang kangkung tu..


Wahai kangkung...sedap beno rase engkau...sebab tu kami semua suka...
Time kasih Allah...ciptaan HEBAT...

Esok ade menu lagi yer... Kalau ibu sempat n + rajin...ibu boh lagi menu menarikyer..
Oh..Hari ni hari lahir tokwan..semoga panjang umur murah rezeki..
Kami semua sayang tokwan...HEhehehe...malam ni aktiviti tuk makan2...
In sya allah...











Tuesday, November 25, 2014

Roti Telur Cheese.. ( ^ _ ^ )...nyum..nyum..

As salam sayang2 ibu..
Belum sempat lagilah nak update gambar yg lepas..
Tak ade mood...
Tapi still ibu nak bagi resepi kegemaran ibu..

Resepi ni ibu ambik dari sorang blogger.. Doktor muda.. Cik Rai..
Suka sangat tengok blog die..
Macam baik sangat orangnya...dia suka sangat masak...
So..ibu selalu cuba resepi2 yg dia buat...so far...semua jadikkk!!

Ok...dah lebih 10 kali buat...
Maksudnya sedaplah kan...
Sangat simple...
Ibu nak suruh anak ibu buat pulak...
Nanti tak yahlah ibu pagi2 siapkan bekpes kan..
Kakak kan dah besar....hehehehehehe...

Bahan2

Roti gardenia / atau roti ape2 jenama
Telur secukupnya (basuh bersih2 dulu yer kakak / mia)
Lada hitam 1 atau 1/2 sudu kecik
Garam sikit..
Cheese slice...ibu guna jenama emborg
Minyak nak goreng...

*Ibu buat 3-4 biji telur untuk celupkan dalam roti. Roti dalam 1/2 buku kecik.

Cara2nya pulak...

Roti dipotong 4 setiap satu.. (guna gunting yer sayang..senang)
Dalam mangkuk...pukul telur, masukkan lada hitam dan garam.
Pukul sampai semua sebati sahaja..jgn lama2..
Dah tu..potong cheesee slice macam roti tu.. 1 keping potong 4..
Sama macam roti kan...
Ambik satu keping roti, dan letak cheese tu...pastu tangkup dengan roti lagi satu..
Ada faham ka?...
Ok...ulang step yg sama....sampai habis...
Panaskan minyak...api sederhana..nanti tekur cepat hangit..
Celupkan roti tu dengan telur...kene hati2..celupkan sampai tutup roti2 tu..
Pastikan cheese ada kat tengah2 pulau roti tu..
Kalau tak...cheese mudah meleleh ketika digoreng...
Balik2kan sekejap...pastu angkat...
Dah siap...
Sedap mak oiii......

Nak tengok gambo..kang leleh air liur tu...

Kan dah cakap...veri de melted....Cheese dia leleh....Opsss!!


Nampak kan..... Ni ibu buat tak salut telur...
Telur tak ade masa ni..Bakar roti je n cheese tu sekali..
Tapi kalau buat yg celup telur tu...terangkat kesedapannya....
Hehehehehehe...cubalah!





Tuesday, November 18, 2014

Sabarlah Wahai Hati...

Assalamualaikum buah hati ibu..
Semoga sentiasa berada dalam keberkatanNya..

Hari ni pagi2 sampai opis...awal..kul 7.10
Nak g makan, kawan ibu lum sampai...
Nak g sendiri..cam tak nak pulak..
Tapi sejak smlm dok nangis terkenangkan cite2 'sedih' ibu..
Lepas solat air mata deras mengalir..... macam mana nak teruskan hidup
Kalau masih terus2 terpk... manusia mana yang tak pernah lupa masa silamnya
Yang dulu tenang...tapi kini dilanda ombak...
Semua suratan takdir...
Anak2 Anugerah tak ternilai..
Tanpa kakak n mia...ibu dah lama jatuh...
Ibu kuat sebab ada Dia..

Itu nasib ibu...rezeki ibu...
Ok..melalut pulak yer...
Sambung cite...

Pagi tadi punya hal...
Sebelum p bespes..
Ibu dikejutkan dengan satu berita sedih...
Anak kawan ibu tu koma...terkene kayu hoki kat kepala..
Aduhh!!!..ibu risau ni..terus teringatkan kakak yang kat sekolah tu..
Anak dia koma terus lepas terkene kayu tu...
Hajat ibu nak g melawat die lunch nanti..
Ok...ibu pun p lah bekpes..
Lum kul 8 lagi..dapat satu berita lagi sedih..
Anak kawan ibu tu dah meninggal...In na lillah...
Terketar2 satu badan dengar berita tu..
Ibu manalah yg tak sedih kan...
Terus siap2kan duit nak hantar kat bawah...
N g melawat die kat PICU..

Ya Allah...
Tak leh tahan...bayangkanlah kalau wajah tu..wajah org2 yang ibu sayang..
Nauzubillah...tak nak kan?..
Tapi...itu takdir hidup die..In Sya Allah..
Anak itu penghuni SYURGA..
Tengok je jenazah die... berdiri bulu roma...sedih sangat2..
Dia ada adik beradik kembar...
Sian sangat tengok kembar die...tak leh tahan ibu..


Erm..semoga adik tu ditempatkan ke SYURGAMU...
Amin..

Sampai je opis..
Macam nak peluk cium anak2.. (tapi kredit tak ada nak kol)
Nak peluk...tak nak lepas...
Nak dukung mia...
Terasa pagi tadi...hangat bila mia cium pipi ibu...
Terasa kakak salam cium ibu...
Rindu anak2 ibu..
Moga2 Allah sentiasa beri yang terbaik untuk kite..
Kekal selamanya..bahagia sampai syurga..
Ibu tau kakak kuat..mia kuat!!
Kite doakan die dapat hidayah yer sayang...
Apa yang berlaku mesti ada hikmahnya...percayalah..
Amin..







Tuesday, November 11, 2014

Suka-Suka...

As salam sayang ibu..

Seronoknya kelmarin....
Sambut hari lahir kakak yang ke-9
Alhamdulillah..

Semoga ikatan persaudaraan tak akan terputus sampai akhirnya..
Semoga anak2 ibu sihat..
Semoga diberkati hidup..
Semoga berjaya di dunia dan di akhirat..
Semoga jadi anak yang solehah...
Di panjangkan umur dan murah rezeki...
Doa semuanyalah yang baik2 untuk kite semua..amin..amin..amin..

Tak sempat nak masukkan gambar lagi..
In sya allah...kalau berkesempatan, ibu masukkan yer..
Untuk kenangan kite bersama...

Lagi satu...
Smlm kakak gtau...
Dah dapat 'markah' tuk sekolah agama...
Piqah dapat no 2 dalam kelas
Alhamdulillah....
Syukur...
Semoga terus berusaha dan usaha lagi yer sayang..
No. 2 tu bukan yang terbaik kan..
Ibu nak yang lagi baik.. baik dari semuanya..
Solat tu jgn tinggal2...
Liat gak nak solat..
Disuruh baru nak buat..kalau tak..tak buat..

Adohai...tulis2..ngantok sudah...
Ngantok tahap gaban!!..
Jom nguap!!
Hehehehehe..oklah...nak sambung keje..



Thursday, November 6, 2014

Kuang..kuang..kuang..

As salam sayang...

Tajuk pun kuang2 kan..
Sebabnya dah nak balik umah..
Sementara tunggu Aunty Hani buat kene sket..
Tu yg sempat lagi buka blog..

Sabtu ni hari lahir kakak...
9 tahun lepaslah..
Kalau tak silap..hari jumaat hari ni 5/11/2010
Hehehehe..seronok sebab tau baby girl...syukur sangat2..
Last day hari tu..siap habiskan keje bagai kat k.jem..
In sya allah..
Hari tu datang sekali lagi 08/11/2014
Kakak dah 9 Tahun...
Alhamdulillah..sihat..

Time kasih Ya Allah..
Sebab beri ANUGERAH paling berharga buat ibu

Ibu dah niatkan buat pulut kuning..
Kakak dah naik Al-Quran.. Alhamdulillah...(dah lama dah..baru nak buat)
Tapi mungkin postpone sebab ade benda..
Minggu depan hari jumaat..In sya allah..
So..sambut ringkas je..atok n famili datang umah buat makan2..
Ok..kite sambung nanti yer..

p/s : saje tukar background..sebab nak buat calour paper bag kakak warna biru..hehehehe..kalau jadi yer..lepas bday..tukar asal balik...ibu tak berapa suka warna biru..huhuhuhuu..

Monday, November 3, 2014

Kelebihan 10 Muharam...



As salam anak2 ibu...
Hari ni bersamaan dengan 10 Muharam 1436.
Ibu soh kakak puasa...memang taklah jawapannya..
Soh Mia puasa pulak, katenye.... nak!..nak!..
Sandiwara aje... tapi tak pelah..
Ibu jelah yang puasa.... In Sya Allah...
Ni ibu copy paste dari satu info berguna tuk kakak n mia hayati...
Baca sampai habis yer...

Muharram adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu bulan di mana Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (QS Al-Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah SAW telah menamakan bulan Muharram sebagai ‘Bulan Allah’ (Shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda SAW kepada Allah SWT lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah SWT tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khawas (khusus) di kalangan makhluk-makhlukNya.

Berkata Al-Hassan Al-Basri rahimahullah:

“Sesungguhnya Allah SWT telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah SWT itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.”

Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan 1 Muharram adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

Kelebihan Hari Asyura & Amalan Pada 30 Zulhijjah & 1 Muharram

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:

“Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (yakni 10 Muharram), maka Allah SWT akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Asyura, maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan 10,000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah SWT akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Asyura, maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW dan mengenyangkan perut mereka.”

Sahabat bertanya: “Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura dari lain-lain hari.” Jawab Rasulullah SAW: “Benar!

• Allah SWT telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura,

• dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Asyura;

• dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Asyura;

• dan Allah SWT menyelamatkan dari api neraka pada hari Asyura;

• dan menenggelamkan Fir’aun pada hari Asyura;

• dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Asyura;

• dan Allah SWT memberi taubat kepada Adam pada hari Asyura;

• dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura;

• dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura;

• dan akan terjadi Kiamat pada hari Asyura.

PERISTIWA 10 MUHARRAM

10 Muharram – Dinamakan juga ‘Hari Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Bertanya para sahabat: “Wahai Rasulullah! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain?” Jawab Baginda SAW:

1.Allah SWT menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya

2.Allah SWT menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram

3.Diciptakan lautan pada 10 Muharram

4.Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram

5.Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram

6.Diciptakan Nabi Adam AS pada 10 Muharram

7.Dimasukkan Nabi Adam AS ke dalam syurga pada 10 Muharram

8.Dilahirkan Nabi Ibrahim AS pada 10 Muharram

9.Diselamatkan Nabi Ibrahim AS dari api Namrud pada 10 Muharram

10.Diselamatkan anaknya Nabi Ismail AS dari sembelihan pada 10 Muharram

11.Ditenggelamkan Fir’aun pada 10 Muharram

12.Diampunkan kesilapan Nabi Daud AS pada 10 Muharram

13.Dilahirkan Nabi Isa AS pada 10 Muharram

14.Dikeluarkan Nabi Yunus AS daripada perut ikan Nun setelah berada didalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram

15.Disembuhkan penyakit Nabi Ayub AS pada 10 Muharram

16.Diangkat Nabi Isa AS ke langit pada 10 Muharram

17.Diterima taubat Nabi Adam AS pada 10 Muharram

18.Dianugerahkan takhta kerajaan kepada Nabi Sulaiman AS

19.Diciptakan Arasy pada 10 Muharram

20.Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram

21.Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram

22.Diselamatkan bahtera Nuh AS daripada tenggelam sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan pada 10 Muharram

Hehehehehehe...dah habis baca?..
Ni sikit je..ada lagi tau..
Kalau rajin, cari cik google...taip apa saje info pasal Bulan Allah ni..
In Sya Allah...

Friday, October 31, 2014

Damia Tak Sihat..

As salam sayang..

Semalam ibu EL..sebab mia tak sihat..
Dah lama batuk...tu yg bawak mia g staf health..
Jumpe dok n dok terus soh masukkan gas..
Sikit teruklah pernafasan mia...Sedih...anak2 ibu dua-dua pun tak sihat..
Tapi alhamdulillah..kakak masih lagi boleh ambik exam..
Kene kuat kan kakak!

Dapatlah semua ubat2 yg diperlukan...
Mia ada G6PD..so kene ingatkan dok sebelum prescribe kan ubat...
Dapatlah sebabon ubat2... antibiotik, sabutemol, pcm, macam2 lagilah..
Alhamdulillah...lepas kene gas.. pernafasan mia dah macam baik dari tadi..
Mungkin kahak tu mengakibatkan dia susah nak nafas...
Bila masuk gas... dah cair kot..Alhamdulillah..

So...hari ni kejelah ibu
Malas sangat nak g keje sebab ibu rase cm nak jaga mia hari ni.
Memanglah bagi atok yg jaga..tapi hati ibu mana yg bleh tahan bila anak tu tak sihat kan..
Allah tu maha mengetahui... Allah tu adil sangat..sebab bagi atok dok dekat dengan ibu..
Nak tak nak g jugak... Atok the best mother in the WORLD...
Time kasih mak...

Tapi hari ni hati ibu terganggu sangat2...
Tak pe...Allah ade..
Nak luahkan kat dalam diari 3S ni...tak mungkin..
Kaki n tangan ibu terketar2 tahan marah dengar cerita dia...
Dah entah ape2 keje ibu buat....semua serba tak kene...
Sampai org kat sebelah pun perasan kenapa ibu diam sangat hari ni...
Menangis dalam hati...sekuat sekuatnya!!
Tak sabar nak solat. nak luahkan pada Dia...
Dia sebaik2 pendengar setia cerita ibu...
Dia tahu segala2nya...

Kakak...
Ibu bangga dengan kakak..
Kakak dah bagi apa yang ibu nak..
Wpun tak semua 100%
Tapi kakak dah buat yg terbaik...
Dah meningkat markah2 exam kakak
So far..ibu berpuas hati..
In sya allah... nanti kakak kene rajin buat ulangkaji... jgn main2 lagi..
Tahun depan kakak dah darjah 4..

Mia pulak..
Tengah dok belajar tulis ABC..
Tahun depan sekolah ye sayang...
In sya allah...semua akan jadi yang lebih baik...
Next ibu nak letak gambar..hasil 'lukisan ABC' yang mia buat..
Hehehehe.... biar nanti bila besar..imbau kenganan kat diari ibu...
Jumpe lagi yer...





Monday, October 27, 2014

Salam Maal Hijrah

As salam...

Salam Maal Hijrah buat anak2 ibu dan sume yg bukak diari 3S ni..
Salam Tahun Baru...
Semoga tahun baru ni kite dilimpahi segala kebaikan di dunia mahupun diakhirat
Aminnnn...
Azam?...
Hehehehehehe...tak tunai lagi pun azam tahun lepas..
Bawak lagi ke tahun ni...
Tak pe kan..yg penting..jgn putus minta yang terbaik dari Dia.
In Sya Allah...

Hari ni...anak ibu yg sorang ni ada periksa..
Periksa Akhir Tahun 2014 kat sek agama..
Kakak buat sebaik mungkin yer...In sya allah...
Semoga anak ibu berjaya dunia akhirat..
Amin...

Cuti 2 hari sabtu n ahad lepas..
Macam biase..cuti mendobi baju2..
Masak masak..makan makan...hehehehe..
Hari sabtu masak ayam masak asam dan kangkung goreng..
Tiap2 minggu tak sabtu..ahad, mesti ada kangkung...
Kalau masak sayur lain, maka ibu sorang aje yg makan..
So..jgn membazir..masak makanan yg puteri2 suka..

Hari ahad semalam...
Hajat nak buat bege malaysia...kenal ke sayang?..
Pau malaysia...macam2 nama kan..
Punyalah panjang ibu pk..sebab kalau nak buat bege tu..kene ada sambal ikan bilis..
Pastu kene masak tengahari...
Nak pendekkan cite...buat sambal ikan bilis banyak...
Dan masak nasi lemak!!!
Yeahhhh...sonang kojo den!! hehehehe..
Hilang serabut...sebab nak masak sambal ikan bilis makan dengan nasi putih...kakak n mia tak berapa suka kan..kene ade lauk lain.
So kalau sambal tu makan dengan nasi lemak, jadi ok pulak diorang ni..
Pelik kan...
So...aktiviti semalam disaratkan dengan aktiviti membuat pau sambal n donat manis..
Ade donat pedas ke?..
Donat yg biaselah...donat gule...
Haa..... dah siap, hantar kat umah atok..kasi diorang makan!

Ermm..tinggal 2 minggu lagi tuk sambut bday kakak..
Ibu dah niat nak buatkan pulut kuning..
Sebab kakak dah ngaji Al-Quran..
Alhamdulillah...dah lama sebenarnya...baru nak buat...kuikuikuikui..
Kalau macam kuarga ibu ni kan..bila anak dah naik Al-Quran..
Buatlah pulut kuning..tanda kesyukuran anak tu dah boleh ngaji..
Tak taulah kalau org lain...
Tapi masa kat kampung ibu..semua pun macam tu..
Kat bandar ni tak taulah..
So..ibu rase masa hari lahir kakak...buat sekali..
Pulut kuning n muffin..sedeqah kat umah makcik ngaji tu..
In Sya Allah..
Ok... semoga kite semua berada dalam rahmat-Nya..
Amin..

Love both of u dear!!

Friday, October 24, 2014

Setelah Sekian Lama...


Bismillahhirrahmanirrahim....
As salam Sayang2 Ibu..

Pagi Jumaat yang teramat 'Jumaatnya'... bersih sangat2 rasenya..
Alhamdulillah...nak mulakan semuanya dengan positif..
Macam diketuk pintu hati nak tulis n3 kali ni..
Entah kenapa..tibe2 teringin sangat ibu nak update diari 3S ni..
Lupakan cerita lama...ibu dah mulakan hidup baru dengan puteri2 ibu..
DAYANA AFIQAH dan DAMIA AFRINA...
Semoga Allah memberi kebahagian di dunia dan di akhirat...
Rindu sangat tatakala mengenangkan anak2 ibu masa ni..

Pagi tadi lambat bangun...tapi alhamdulillah..sampai gak kat PPUM tercinta ni..
Kakak...terkejar2 kerana takut kene p sekolah trip kedua..tapi semuanya OK!
Mia...sibuk pagi2 dengan nasi lemak dia... tapi sib org tu tak jual..kalau tak..nasi lemak lagi..
Entah kenapa anak ibu yg sorang ni kene makan nasi pagi2... tak nasi lemak, minta nasi goreng..
Waaa.....kalau kat umah, kompom kene goreng nasi..tak kira pedas ke..tak..yg penting nasik!
Syukur dengan rezeki dari Allah... (cerita bab rezeki len kali)..Allah sangat ADIL..
Mungkin inilah kehidupan yg sebenar...( ^_^ )
Sangat indah....

Lagi satu... dah hampir hujung tahun kan..
Kakak dah habis exam die..Alhamdulillah..
Harap dapatlah semuanya OK..dabel2 A..hehehehe
Tu sek keb, tapi sek agama lum lagi mula periksa..
Minggu depan baru start..semoga Dayana Afiqah berjaya!! Amin..
Tahun depan, Damia start sek..KEMAS kat bawah umah..In sya allah..
So...kakak akan maju satu langkah lagi kedepan..darjah 4
Kejap je kan... Ibu macam percaya dengan tak..tapi itulah kenyataannya...
Anak ibu bukan 'baby' lagi..hehehehehehe..
Didikan pun berbeza...takut sangat sebab ibu sorang...
Ermm..Ibu percaya Allah tu selalu beri yg terbaik tuk ibu n anak2..
Tu yg selalu ibu pegang..setiap kali takut..sedih..sunyi..Allah ada dekat dengan ibu
Hehehehehe...tak mo sedih2..kan nak positif..kuat..nak jadi ibu yg baik..sangat memerlukan kesabaran...
In Sya Allah... doakan ibu yer sayang...
Kite buat yang terbaik tuk kuarga kite..apa yg terjadi..kite serahkan pada Allah
Dia yang tentukan...Kun fa ya kun..'jadilah!, maka terjadilah ia...
Percayalah..satu hari nanti mesti akan ada kebaikan..In sya allah..